19 Mac 2010

Carta Pembentukan Nilai Diri



Nilai yang pelbagai

Contoh :
Aurat seorang perempuan
Terdedah
Memakai pakaian tapi tak bertudung
Memakai tudung tetapi masih terdedah
Memakai tudung dan tertutup
Berpurdah

NILAI
Melalui
Proses
Pengisian
Pengulangan
Pengukuhan
Penerapan
PRINSIP

Prinsip yang diterapkan
Memakai tudung dan tertutup

PENGISIAN
Tak tahu Tak tahu
Tak tahu Tahu
Tahu tak tahu
Tahu tahu
Jenis Pengisian
Sekular
Islam
Baik
Wajib
Sunat
Harus
Buruk
Makruh
Haram
Tiga Mata
Mata Kasar
Mata Kasar
Mata Akal
Mata Akal

Mata hati
Tujuan
Menyediakan insan dengan nilai universal yang diterima umum.
Untuk menjalani kehidupan dunia.
Menyebarkan syiar Islam dan memperbaiki akhlak insan.
Persiapan menuju hari akhirat.

Di sini saya sediakan satu carta bagi memudahkan kefahaman anda semua tentang artikel-artikel yang pernah saya sajikan. Bagi saya ia akan memudahkan kefahaman semua.

Baiklah. Dalam begitu banyak nilai yang ada di muka bumi ini maka dengan proses 4P iaitu Pengisian, Pengulangan, Pengukuhan dan Penerapa ia bakal menjadi Prinsip pegangan diri. Dalam contoh di atas saya menggunakan nilai penutupan aurat seorang wanita.

Kemudian semua pengisian ini sama ada diketahui atau tidak, dalam sedar atau tidak terpulanglah kepada empunya diri untuk mencarinya. Setiap pengisian ini pula punya nilai yang berbeza. Secara dasarnya ia terbahagi kepada 2 iaitu Pengisian Sekular dan Pengisian Islam. Pengisian Sekular secara dasarnya berkonsepkan keraguan yang mencari kebenaran sedangkan pengisian Islam pula adalah kebenaran yang tiada keraguan. Sebenarnya ia tak perlu dipertikaikan. Banyak input dan artikel dalam blog saya ini telah membuktikan kebenaran-kebenaran ini. Apapun ia terpulang kepada mata mana yang melihatnya. Mereka yang punya mata hati akan memahaminya sedangkan mereka yang mengikut mata kasar akan menyangkalnya. Apapun ia terpulanglah kepada anda.

Pengisian Sekular hanya punya nilai baik dan buruk sedangkan pengisian Islam terbahagi kepada hukum yang lima. Ia punya harga dan nilai yang tertentu. Pengisian lawak mungkin baik dari sudut sekular tetapi ia makruh sebenarnya dari sudut Islam. Pengisian sekular kebanyakannya memberi makanan kepada nafsu dengan pengisian yang lucah, materialistik, kewangan dan sebagainya sedangkan pengisian Islam memberi makanan kepada hati. Lantas menyebab hati menjadi tenang, tenteram dan bahagia.

Beberapa persoalan kepada penyampai semua,

·         Adakah anda menyampaikan pengisian bersifat sekular keduniaan?
·         Adakah anda memberi makanan nafsu kepada pembaca anda?
·         Adakah anda menyampaikan konflik, manipulasi, tipu daya, fitnah dan sebagainya?
·         Apakah penerapan nilai yang ingin anda terapkan kepada pembaca anda?
·         Atau adakah anda menyampaikan ilmu yang menjangkaui zaman demi untuk menyebarkan syiar islam?

Ingatlah setiap satu perkataan yang disampaikan itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Semuanya dibebankan di atas bahu kita sendiri. Menulis dan menyampai sebenarnya adalah satu amanah yang berat.

Akhir sekali pengisian Sekular menyediakan diri untuk keduniaan, sedangkan pengisian Islam menyediakan diri untuk dunia dan juga akhirat. Kita boleh berjaya di dunia mempunyai rumah yang besar, kereta mewah serta isteri yang cantik tetapi semua ini tak berguna tanpa keberkatan dari Allah Taala.

Ingatlah orang yang mengejar dunia, dunia akan menjadi sempit bagi mereka sedangkan orang yang mengejar akhirat, dunia akan menjadi lapang bagi mereka.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.