Kisah Futsal
Baru-baru ini saya menonton youtube kisah the best futsal player dari Brazil yang bernama Falcoa. ( Bertujuan untuk menyiapkan diri dari segi mental untuk pertandingan futsal yang akan berlangsung. Saya selalu berbuat demikian agar saya berada dalam zon mental yang sesuai sebelum satu-satu pertandingan. To be in the zone – satu topik yang akan mungkin akan saya paparkan nanti. InsyaAllah. )
Apapun secara ringkas kisahnya begini. Dia merupakan seorang penimbang bola yang baik hinggalah pada satu hari kawannya menyarankan dia pergi pemilihan untuk memilih pemain futsal untuk Brazil. Dia pergi lantas dipilih dan dalam masa 4 bulan kemudian dia menjadi kapten pasukan futsal Brazil.
Katanya dahulu dia hanya punya skil dan pandai menimbang bola tanpa arah tujuan yang tertentu iaitu tanpa matlamat. Namun demikian, sekarangh semenjak bermain untuk pasukan dia telah tahu akan matlamatnya. Sekarang dia menggunakan kepakaran, kemahiraan dan kepandaiannya itu untuk membantu pasukan dan menjaringkan gol untuk negaranya dan ini membuatnya gembira.
Saya pula melihat dan mengambil iktibar dari cerita Falcoa ini. Dahulu saya suka menulis dan mencoret pelbagai catatan hati namun ia tak kemana. Dahulu saya suka menyeliakan sesuatu acara contohnya, dinner, pasukan, reunion, acara sukan, terlibat dalam parti politik, kesatuan penduduk, tempat kerja dan sebagainya namun ia tak kemana.
Kemudian saya mula menulis manuskrip untuk diterbitkan menjadi buku dan ia berhasil. Tanpa disangka ia membuahkan hasil kerana pihak penerbitan menerimanya dan seterusnya saya menulis blog ini dengan tujuan mencari keredhaan Allah Taala dan secara tak langsung mengajak pembacanya kembali ke jalan Allah dan bagi saya ini adalah matlamat yang jauh lebih besar dan penting.
Apapun pasukan futsal saya kalah peringkat kumpulan kerana kami datang dengan matlamat untuk bersuka-ria dan bukannya dengan matlamat untuk menang. Sukar untuk menyeimbangkan antara kedua matlamat ini kerana kalau nak main jangan main-main dan kalau nak main-main jangan main.
Lagipun kami semua dah berumur 40 tahun.
Itulah ceritanya buat kali ini.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.