04 Mac 2010

Testimoni


-->
Blog Motivasi Faizal Yusup amat menarik perhatian saya.

Sebab, seperti blog Abg Bent, buah fikiran Faizal Yusup matang, berkarisma dan artikelnya sungguh bermanfaat. Kandungan blog motivasi ni amat padat dengan artikel-artikel pembangunan diri.

Motto blog motivasi kendalian Faizal Yusup adalah

“hidup kena cool, hati kena mulia”.

Pada pendapat saya, motto tu bukan sekadar motto bahkan terserlah di setiap baris-baris kata yang ditulis oleh Faizal Yusup. Saya lebih selesa memanggilnya abang Faizal.

Saya amat gembira mengenali abang Faizal sebab dia mengisi kekurangan saya – saya tak dapat pergi ceramah, menulis buku dan menjalankan kem motivasi sendiri secara berterusan. Kebetulan lokasi saya di Sabah, jadi memang agak terhalang dari segi jarak dan masa.

Jika Anda berada di area semenanjung kemudian Anda mahu menjemput seorang blogger motivasi yang juga merupakan pakar motivasi datang berceramah ke tempat Anda, saya merekemenkan abang Faizal.

Kata-kata ni saya petik dari blog kendalian beliau:

“Sebenarnya kalau difikirkan kebanyakan masalah yang datang melanda diri kita adalah disebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri”.

Dari pengalaman, saya mengakui hal itu.

Jika Anda kurang pasti apa nama blognya, saya ada letak link di ruang “Geng Motivasi” sebagai rujukan.

ShueQry Abdullah
Pengasas Web iMotivati



Catatan Faizal Yusup

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara ShueQry kerana memasukkan link blog ini ke dalam websitenya. Blog kecil dalam Website yang begitu besar dan dikenali.

Saya telah lama tahu kewujudan dulunya blog imotivasi malah blog Motivasi Kejayaan di mana saudara ShueQry menulis. Blog-blog ini selalunya akan berada dalam kedudukan teratas kalau kita mencarinya di yahoo, google mahupun melalui search engine yang lainnya. Apapun saya yakin berjemaah itu lebih baik dan link ini akan membawa manfaat yang lebih besar lagi InsyaAllah.

Apapun, sebenarnya saya telah menulis artikel-artikel motivasi dan kaunseling sejak muda lagi cuma pada masa itu saya belum cukup yakin untuk mengetengahkannya. Saya seakan seorang yang bertapa dan menyampaikan motivasi serta kaunseling secara menyorok-nyorok kerana saya merasakan yang pada masa itu ilmu pengetahuan saya masih cetek hinggalah sekarang bila saya mendekati umur 40 tahun ini. Pada masa itu masih banyak trial and error yang perlu dilakukan, masih banyak yang perlu dibaca, dikaji, diselidiki, dianalisa dan dicuba baik teori serta praktikalnya.

Sebenarnya hanya pada tahun-tahun kebelakangan ini saya rasakan yang saya cukup matang dan boleh menyampaikan dan tahu apa yang saya sampaikan dalam rangkumannya yang tertentu. Atas sebab itulah anda boleh lihat yang saya bersifat terbuka, anda boleh menyampaikan apa-apa komen, menyanggah, menegur tanpa sekatan. Ini kerana tiada apa yang perlu saya sorokkan kerana saya tahu apa yang saya sampaikan dan tahu apakah tujuan sesuatu artikel itu disampaikan.

Mungkin kalau kita nak jadi artis kita perlu dikenali masa muda pada sekitar umur 20 tahun tetapi kalau anda ingin jadi ahli motivasi saya yakin kecukupan ilmu yang disampaikan, kematangan, kefahaman akan kehidupan serta kedalamannya hanya datang selepas anda lebih berumur. Nabi SAW sendiri diturunkan wahyu pada umurnya 40 tahun, malah orang putih percaya life begins at 40 dan saya juga percaya 40 adalah titik tolak umur ketetapan hati.

Anda tahu apa kelemahan blog ini? Blog ini lemah kerana menggunakan nama Faizal Yusup, blog ini lemah kerana menyiarkan gambar Faizal Yusup, imej-imej lain, video dan sebagainya. Blog ini juga lemah kerana memasukkan segmen teka-teki dan lawak jenaka malah blog ini lemah kerana jarang memasukkan ayat Al Quran serta Hadith Nabi SAW. Blog ini juga lemah bila penulisnya menulis dengan nafsu dan banyaklah kelemahan-kelemahan yang lainnya.

Anda tahu kenapa? Orang yang tahu akan faham apa yang saya maksudkan, cuma saya nak mengatakan di sini yang saya tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya tak tahu.

Hawhawhaw..

Yang saya tak tahu tu tegurlah okay!

Kadang-kadang bila saya melayari blog motivasi yang lain, mahupun blog-blog yang lain pelbagai perkara yang boleh ditemui. Pada saya blog menunjukkan identiti, personaliti serta sifat penulisnya. Kebanyakan penulis blog di negara ini mempunyai hati yang berkecamuk, serta bercampur baur pengisiannya. Di sudut ini menyuruh orang bersangka baik namun di sudut hujung sana pula menkeji dan mencaci parti politik dan sebagainya.

Ada pula yang menyampaikan dakwah tetapi dalam blog yang sama ada gambar yang tak senonoh buat tatapan umum. Yang bersih bercampur dengan yang kotor. Ada yang menggunakan lucu, lucah, lawak, konflik, kontroversi, fitnah, mengadu domba, tipudaya dan sebagainya dengan niat-niat yang tertentu. Yang kotor dengan yang kotor. Macam berada dalam tong sampah! Tapi ada yang bangga pula menyampaikan semua ini kerana mendapat pengikut yang ramai tanpa mengetahui yang semua ini akan ditanya Allah di akhirat kelak. Adoi ai.

Kemudian banyak juga yang menyampai dengan tujuan untuk mendapatkan duit dan sebagainya malah ramai juga tak tahu mana hala tuju atau objektif penyampaian mereka. Hari-hari menyampai dan menyampai umpama berjalan dalam satu perjalanan yang panjang tanpa mengetahui mana destinasi yang hendak ditujui. Namun demikian dalam semua kekalutan ini, kadang-kadang, sekali sekala kita akan bertemu dengan blogger yang tahu apa yang dilakukan dan kemana dia mahu membawa pembacanya pergi. Blogger yang berusaha untuk membawa perubahan, membangunkan ummah dengan penyampaian yang rendah hati dan ikhlas kerana Allah Taala.

Apapun saya percaya setiap manusia punya fungsi dan peranannya masing-masing menjadi perantara Allah samaada membawa tauladan mahupun sempadan untuk golongan sasaran yang tertentu di pelbagai peringkat. Mungkin penyampaian saudara ShueQry untuk golongan remaja sedangkan penyampaian di blog ini pula kepada yang lebih dewasa.

Walaubagaimana sekalipun tak kesahlah semua tu.

Ingatlah ilmu itu ubat, ilmu membawa kesedaran, ilmu membuka mata hati. Oleh itu carilah ilmu walau di mana anda berada.

Sekian. Wassalam.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.