15 Mac 2010

Pokcik Kayo - Kisah Masuk Suku



“Seperkaro yang ekau kena tahu, ekau kahwin dongan orang Nogori ni kena masuk Suku jang!” Kata bapa mertua Ramli kali ini dalam lhorat negeri Sembilan kepadanya.

“Tak apalah pak, masuk suku-masuk sukulah tapi saya nak suku yang pangkal, bukan suku yang hujung bolehkan? Masuk suku jugak...” Jawab Ramli.

“ ???? ” Termenung bapa mertuanya mendengarkan jawapan si Ramli.

Pokcik Kayo - Kisah Kitchen

Pokcik Kayo bapa Ramli sebenarnya seorang yang agak pandir dan tak pernah meninggalkan kampung halaman. Jadi dia menyampaikan hasratnya kepada anaknya yang baru kahwin itu untuk ke Kuala Lumpur demi melihat suasana bandaraya dengan tujuan untuk berlagak pada kawan-kawan sekampungnya.

Nanti bila pokcik balik belikan saya kitchen boleh? Kata kawan baiknya Mamat.

“Kitchen tu apa Mat?” Tanya Pokcik Kayo pula.

“Kitchen tu rantai kunci. Itu pun tak tahu ke?”

“Keychain Pak.. Keychain!” Ramli anak lelaki Pokcik Kayo membetulkan sambil tersenyum.

“Ah! Apa-apalah...” Kata Pakcik Mamat pula.

Setelah semuanya siap maka berangkatlah mereka ke Bandaraya Kuala Lumpur di mana segalanya bermula.

Bersambung...

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.