10 Mac 2010

Gambar Bogel Artis


Aik! Faizal Yusup dah hilang akal ker?

Seorang kawan mengatakan pada saya salah satu cara yang terbaik untuk mempromosikan blog ialah dengan meletakkan tajuk-tajuk yang sensasi seperti berikut;

·         Gadis Bertudung Kuat Hisap
·         Anak Gadis Kena Bogel
·         Artis berkhalwat
·         Ustaz meraba
·         Dirogol Beramai-ramai
·         Video Pramugara Terlampau
·         Gambar Bogel Artis
·         Bomoh Kaki Seks
·         Membesarkan Payu Dara dan banyak lagi...

Jadi sebagai pengkaji sosial saya membuat kajian ini...

Mungkin ramai yang akan datang dengan sangkaan mereka akan dapat memberi makanan kepada nafsunya... Malangnya isi cerita sebenarnya....

·         Gadis Bertudung Kuat Hisap
Seorang gadis bertudung berumur 12 tahun di sini didapati masih kuat hisap jari...
·         Anak Gadis Kena Bogel
Seorang anak gadis dibogelkan oleh ibunya kerana tak mahu mandi...
·         Artis berkhalwat
Artis itu menghabiskan masa berkhalwat bersendirian di Madrasah berdekatan rumahnya hampir setiap malam bagi mencari ketenangan jiwa...
·         Ustaz meraba
Ustaz itu meraba-raba di dalam gelap mencari sabun kerana rumahnya black out...
·         Video Pramugara Terlampau
Video Pramugara yang didapati terlampau kerana memakai pakaian perempuan semasa pergi kerja telah disebarkan. Rupa-rupanya hari itu hari Aprilfool...
·         Gambar bogel Artis yang diambil semasa masih bayi telah hilang...
·         Dan lain-lain lagi...

Hawhawhaw...

Apa terjadi?

Maka marahlah nafsu yang membuak-buak itu sebab tak dapat makanan yang dimahukan...

Jangan marah ar.. kalau nak cari cerita sensasi seperti itu tak ada di sini.. Kalau nak cari makanan hati dan akal adalah..

Hidup kena cool, hati kena mulia...

Nak juga gambar bogel artis?
Nah ambiklah...


Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.