29 Mac 2010

Pengendalian Kewangan


Hari ini rasa nak tulis serba sedikit pasal isu pengendalian kewangan pula. Anda punya banyak duit? Rezeki anda murah? Alhamdullillah.

Apapun di sini sebagai seorang yang beragama Islam kita tertakluk kepada hukum kerana duit juga adalah amanah Allah Taala yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Jadi kepada mereka yang banyak duit, mari kita lihat hukum hakamnya secara mudah.

Wajib
Melangsaikan Hutang
Menunaikan Zakat
Menunaikan Fardhu Haji

Perkara pertama dalam rangkuman wajib ini ialah untuk kita melangsaikan Hutang. Kita sebenarnya tak dapat bayar zakat kalau kita masih berhutang juga kita tak akan dapat menunaikan haji kalau kita masih dalam tanggungan hutang.

Sunat
Sedekah, derma, sumbangan dari yang dekat kepada yang jauh, bina masjid, tolong anak yatim, orang tua dan orang yang memerlukan dan sebagainya.

Dengan ciri tangan kanan memberi tangan kiri tak nampak. Kalau tak tak ikhlas jadinya.

Harus
Bersifat keperluan, makan, minum, pakaian dan tempat berlindung. Ini adalah base atau asasnya. Kita sebenarnya tak boleh pergi melepasi asas atau base ini. Ini kerana ia bakal menjadikan perbelanjaan itu makruh sekiranya ia di luar keperluan.

Makruh dan Haram
Membelanjakannya kepada yang makruh dan haram untuk perkara yang tidak bermanfaat, sia-sia, bersifat pembaziran mahupun yang membawa kepada kemurkaan Allah Taala.

Contohnya kalau sudah ada rumah sekadar keperluan tak perlulah beli rumah yang lagi besar dengan bilik yang banyak dan tidak digunakan. Begitu juga dengan kereta. Kalau keperluannya hanya dua buah tak perlulah dibeli kereta sampai sepuluh buah. Kemudian menghiasnya dengan perhiasan yang pelbagai dan beribu ringgit harganya. Apakah tujuannya? Silap-silap hanya untuk menunjuk-nunjuk, jatuh riak dan hukumnya berdosa.

Kalau difikirkan bila kita minum kopi di Starbucks, membeli pakaian yang berjenama, melancong ke luar negara dan sebagainya, bukankah kita hanya akan mengangkat dan meningkatkan ekonomi orang kafir?

Perhiasan rumah, akuarium ikan, kolam renang, gajet yang mahal seperti telefon, kamera, lap top, televisyen, audio video, permainan video dan sebagainya semunya silap haribulan akan masuk dalam kategori makruh ini.

Merokok, minum arak, mengambil dadah, penzinaan, perjudian dan lain-lain yang melibatkan dosa juga berada dalam kategori makruh dan haram ini.

Jadi tanyalah diri samaada kita sudah melangsaikan hutang, pergi haji atau umrah sebelum kita melancong ke London contohnya. Sudahkah kita menyumbang dan meringankan beban orang yang terdekat dengan bersedekah sebelum kita mengubahsuai kereta hingga menghabiskan puluhan ribu ringgit? Sesungguhnya orang yang paling baik adalah orang yang membawa manfaat kepada yang ramai.


Apapun sekiranya kita telahpun melangsaikan yang wajib dan yang sunat sepertimana yang di atas tadi maka mungkin rumah besar dan kereta mewah yang kita beli itu bertukar hukum kepada hukum harus. Namun demikian bukankah lebih baik kita membelanjakannya yang lebih bernilai iaitu kepada yang wajib dan sunat daripada kita membelanjakannya kepada yang makruh dan haram?

Bukankah mendapatkan keredhaan Allah itu adalah lebih baik. Sesungguhnya Allah lebih suka kepada mereka yang menjalankan amalan yang wajib dan sunat.

Dari sini kita dapat lihat yang penerapan nilai Islam menyarankan kita ambil sekadar keperluan dan jangan sekali-kali berlebih-lebihan. Nabi SAW dan Salahuddin Ayubi sendiri contohnya tidak meninggalkan sebarang harta di masa mereka meninggalkan dunia ini.

Ini belum lagi cerita tentang dari mana sumber duit itu datang. Halal atau haramnya. Mungkin akan saya kongsikan dalam artikel-artikel yang mendatang kelak. Tapi itu itu saya tak dapat nak janji.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.