PENGUMUMAN
Pernah tak anda menonton cerita Pay It Forward? Ceritanya mengenai seorang budak yang melakukan kebaikan tetapi tidak meminta balasan, mereka yang ingin membalasnya hendaklah melakukan satu kebaikan juga. Idea ini berkembang dan menjadi satu revolusi menurut cerita tersebut. Bertitik tolak dari cerita tersebut saya ingin mencubanya.
Begini,
Dalam artikel Perihal Penerapan Nilai sebelum ini saya ada menceritakan tentang bagaimana begitu banyak pengisian sekular yang berada di sekeliling kita dan secara tak disedari ia masuk ke dalam diri.
Di sini saya ada satu saranan.
Apa kata kita ambil artikel-artikel dakwah dan kalau ada artikel yang anda suka di sini ambil dan masukkan ke dalam blog, website, ping, forum, advertising dan sebagainya dengan harapan ia kelihatan di mana-mana sepertimana iklan-iklan google yang ada di alam maya ini. Kita kongsikan dengan sesiapa sahaja. Manalah tahu ia boleh membawa manfaat bagi untuk mereka yang membacanya. Untuk mereka yang ingin memahami Islam atau untuk mereka yang mahu kembali ke jalan Allah. Ini kerana hidayah itu hakmilik Allah Taala.
Ketahuilah mereka yang berada dalam hidayah Allah akan dapat merasakan nikmat yang tak dapat nak diungkapkan. Mereka hidup sentiasa mencari redha Allah dan sesungguhNya mereka itu mendapat keuntungan yang banyak.
Jangan peduli apa yang orang nak kata. Jangan takut dengan kemarahan manusia tetapi takutlah dengan kemurkaan Allah Taala.
Satu jari mungkin tak cukup meninggalkan kesan tetapi satu penumbuk adalah lebih baik dan begitu jugalah seterusnya. Kita bersatu, berjemaah dan lakukan usaha penyampaian ini bersama-sama dengan satu tujuan adalah lebih baik dari kita melakukannya seorang demi seorang.
Alangkah baik sekiranya pengisian-pengisian ini dapat dijalankan dengan bersepadu, sistematik dengan pengulangan dan pengukuhan yang berterusan saban hari. Saya yakin ia akan memberi kesan dan membawa perubahan dengan keizinan Allah Taala. InsyaAllah.
Jadi di sini kalau anda suka mana-mana artikel dalam blog ini tak payahlah berterima kasih pada penulisnya tetapi tukarkanlah ucapan terima kasih itu dengan mempromosikan blog ini atau carilah artikel-artikel yang baik (tak semestinya dari blog ini ) dan post kan di mana-mana sahaja di alam maya ini. (Asal tak ganggu perihal hakcipta). Bagaimana? Setuju?
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.