1. Kalau Erra Fazira naik motor, Ziana Zain naik apa?
Naik kening
2. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Apa tu?
Masukkan benang ke dalam jarum
3. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
Bas Sekolah
4. Dalam banyak-banyak geng, geng apa yang pandai?
Geng Bas Sekolah
5. Mana lagi tua, motosikal atau kereta?
Motor. Sebab dia pakai tongkat
6. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah sampai pegang buah? Orang panjat pokok kelapa
7. Apa yang panjang kalau potong jadi pendek dan apa yang panjang kalau potong tetap panjang?
Seluar panjang dan kacang panjang
8. Bila dia masuk tegak, bila dia keluar dia bengkok.
Jari kelingking korek hidung
9. Dalam banyak-banyak kelapa, kelapa apa tiada di Malaysia?
Kelapa laut Afrika
10. Ada satu jalan, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis?
Ubat nyamuk
11. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil?
Pampers
12. Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa paling tinggi?
Pokok kat atas gunung
13. Dalam banyak-banyak siput, siput apa orang bela?
Siput rambut
14. Dalam banyak-banyak siput, siput apa yang tak boleh dipercayai?
Siputar alam
15. Dalam banyak-banyak siput, siput apa yang pandai berlakon?
Siput Sarawak
16. Siapakah orang yang yang tak peduli harga minyak naik atau turun?
Orang Minyak
17. Siapakah orang apa yang terlicin di dunia?
Orang minyak
18. Tekan putih, keluar hitam?
Door bell rumah orang India
19. Ada pertandingan lumba lari antara manusia ngan katak, tapi yang pelik nya katak boleh menang kenapa?
Manusia tu atlit paraolimpik
20. Apa yang ada pintu tak ada tingkap, ada dinding tak ada bumbung, siang senyap malam bising?
Stadium Bolasepak
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.