07 Mac 2010

Pokcik Kayo Mendapat Namanya



“ Pokcik kayo! Pokcik kayo!” Jerit Pakcik Din bila mendapat 1 juta ringgit hasil jualan tanahnya itu. Semenjak itulah pakcik Sudin atau nama pendeknya Pakcik Din dikenali di kampung sebagai Pokcik Kayo.

Punyalah eksyen Pokcik Kayo bila dah jadi jutawan. Dibelinya TV besar, Peti Ais besar dan segala kelengkapan rumah. Anaknya tunggalnya Ramli bekerja di Kuala Lumpur yang berkahwin dijamunya orang kampung dengan lauk ikan kelisa emas dan pisang emas. Nyaris-nyaris nak dibelinya ikan emas kerana kata Pokcik Kayo itu yang paling mahal. Biar orang kampung semua tahu. Apapun dia mendapat menantu orang Negeri Sembilan juga.

Malam itu bapa mertuanya mengajak Ramli duduk berbual-bual di serambi rumah.

Ni pakcik nak tanya nih, kau tahu tak sejarah kenapa Negeri Sembilan ni tak jadi negeri sepuluh? Tiba-tiba mertuanya bertanya satu soalan cepu emas.

“Tak tahulah pak. Kenapa?”

“Macam ni cerita dia, dulu di zaman Kesultanan Melaka, ada seorang general tentera yang dah bersiap sedia dengan bala tenteranya di sempadan Melaka untuk berperang dengan hulubalang-hulubalang Melaka. Mereka mahu menawan Melaka untuk melengkapkan Negeri Sembilan menjadi Negeri Sepuluh.”

Kedua-dua pasaukan tentera sudah bersedia. Lepas tu general tu pun angkat pedang.

“Soooooooorannnnnng!” (bermakna serang dalam lhorat Negeri Sembilan)

Maka berlarilah seorang askar Negeri Sembilan menuju ke sempadan. Terus sahaja dibunuh oleh tentera Melaka.

“Sorang! Sorang! Sorang!”
       
Berlarilah lagi tiga orang tentera Negeri Sembilan ke medan perang. Dengan mudahnya mereka juga dibunuh. Ia berterusan begitu hinggalah tinggal sedikit sahaja tentera Negeri Sembilan dan akhirnya mereka mengalah dan mengundur tak jadi menjajah negeri melaka hingga kini.

“Sebab tulah sampai hari ini Negeri Sembilan tetap Negeri Sembilan dan tak jadi Negeri Sepuluh.” Sambungnya lagi seraya tersenyum.

Ramli hanya ketawa mendengar lawak bapa mertuanya itu.

PS – cerita ini lebih sesuai diceritakan dalam lhorat Negeri Sembilan. Hawhawhaw.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.