Sambungan...
Sebagai manusia kita lebih suka memandang keluar dari diri menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, menyalahkan kerajaan dan sebagainya tetapi jarang sekali kita menyalahkan diri kita sendiri. Baka kata pepatah orang putih It takes a big man to admit his own mistakes.
Sebenarnya kelau difikirkan kebanyakan masalah yang datang melanda diri kita adalah disebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri.
Contohnya,
· Penyalahgunaan duit – duit menjauhkan diri, harta benda hilang, terbakar, kerugian dan sebagainya.
· Aktiviti Seksual – Sakit sifilis, AIDS dsbnya.
· Makan berlebihan – Kegemukan, sakit kencing manis, darah tinggi, Gout dsbnya.
· Ego – Orang Meminggirkan Kita
· Syirik – Allah memurkai Kita – Macam dalam kisah Abu dalam artikel kena bogel yang pernah saya tulis dahulu.
Oleh itu elakkanlah dari melakukan kesalahan-kesalahan ini. Elakkan penyakit hati. Kuasai nafsu. Sekali lagi saya ulangi semua masalah yang kita hadapi dalam kehidupan ini selalunya adalah disebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri.
Kalau kesalahan itu dengan Allah, bertaubatlah kembalilah ke pangkal jalan dan kalau kesalahan itu dengan manusia minta maaflah, pulangkan kembali yang hak dan sebagainya. Salahkanlah diri kita sendiri.
Kesimpulannya semasa kita dilahirkan kita bersih dan sepatutnya kita kembali dalam keadaan bersih.
Pada pendapat saya telah berbilion manusia dijadikan Allah di mukabumi ini yang telah singgah dan telah mati. Mereka semua diuji dengan perkara yang sama dan apa yang dinilai Allah hanyalah iman, amal, ilmu dan anak yang soleh tak lebih dari itu. Kita umpama sampel-sampel yang banyak berbillon yang akan dipilih Allah untuk masuk ke dalam syurga yang mana dari yang tertinggi kepada yang terendah ataupun neraka yang mana dari yang tertinggi kepada yang terendah berdasarkan amalan yang kita lakukan di dunia. Secara mudahnya lagi lebih nilai amalannya maka lebih baiklah kedudukannya di akhirat kelak dan lebih banyak kejahatannya maka lebih buruklah kedudukan di dalam neraka kelak.
Agaknya semua yang berada dalam level 1 syurga contohnya tak kiralah dari zaman yang mana sekalipun di dunia ini akan dikumpulkan dan dimasukkan dalam syurga level 1 ini dan sesiapa yang berada dalam kelompok neraka jahanam pula juga akan dikumpulkan dalam kumpulan yang sama berdasarkan kejahatan yang mereka lakukan di dunia ini tak kiralah mereka hidup dan singgah di mukabumi ini dalam zaman yang mana sekalipun.
Saya rasa manusia boleh merasakan nikmat syurga ini di dunia lagi. Mereka ini bahagia di dunia dengan keluarga dan para sahabat-sahabat yang punya akidah yang lebih kurang sama sepertimana yang berlaku di Madinah dahulu dimana Nabi serta para sahabatnya berada di tahap keimanan yang tepu menurut sesetengah riwayat.
Mari kita lihat keliling. Adakah kita punya keluarga dan para sahabat yang sama-sama akan mendirikan solat bila masuk waktu? Adaklah kita punya keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong dan mendokong, bersangka biak, memaafkan atau dalam ertikata lain tidak ada sikap mazmumah dalam dirinya dan sebagainya? Adakah kita punya keluarga dan para sahabat yang sentiasa berkasih sayang?
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.