28 Februari 2010

Kebersihan


Lautan mana yang tidak bergelombang, Bumi yang mana tidak ditimpa hujan..

Di awal penulisan ini saya terfikir akan samaada untuk menulis tajuk kebersihan atau kekotoran? Apapun saya rasa kebersihan lebih baik auranya dari kekotoran.

Cuba bayangkan keadaan berikut ;

• Benda-benda yang cantik dibiarkan di dalam bilik lama-lama diselaputi habuk walhal kit atak buat apa-apapun.
• Bilik air dan kolam air yang dibiarkan juga akan berlumut walhal air itu sendiri adalah agen pembersih.
• Badan yang dibiarkan akan tetap berdaki, bertahi hidung, bertahi telinga dan sebagainya walhal kita bukannya pergi bermain bola sepak dan berpeluh.
• Tanak yang telah dibajak dan dibersihkan juga lambat laun akan tumbuh lalang dan belukar.

Baik benda yang cantik, bilik air, kolam, badan dan apapun juga perlu dicuci dan dibasuh selalu bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang bersih. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari elemen keimanan.

Analoginya begitu jugalah manusia tak akan dapat lari dari membuat kesilapan. Sesungguhnya ketidaksempurnaan adalah sifat manusia.

Bayangkan seorang bayi yang baru lahir putih bersih segalanya dan cuba mempertahankan kebersihan hatinya itu sehingga hari dia kembali mati dan bertemu Allah Taala. Adakah ini boleh dilakukan? Terus terang pada saya ini mustahil. Walau kita duduk diam sekalipun tanpa bergerak kita akan tetap mendapat habuk kekotoran. Duduk diam menandakan kita seorang yang pemalas dan pemalas itu juga satu sikap yang kotor. Kita mengelak bertemu dengan orang ramai kononnya bagi mengelakkan kita berbuat dosa sesama manusia juga merupakan sifat yang kotor kerana kita tidak menjalankan tugas bermasyarakat, berjemaah, menyampaikan dakwah dan sebagainya.

Dalam ertikata lain tiada manusia yang tidak akan tersasar. Dalam hal ini apa yang penting ialah untuk kembali membersihkan diri dan hati secara konstan setiap masa dan ketika. Malah Nabi SAW pernah bersabda sesungguhnya solat lima waktu itu umpama kita mandi 5 kali sehari bagi membersihkan kekotoran-kekotoran yang melekat pada diri itu.

Allah Taala juga memperkenalkan diriNya sebagai Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani malah mulai dari mula ayat pertama dalam Al Quran.

Menurut banyak yang kita baca dan ketahui Syurga itu merupakan tempat yang amat bersih baik dari segi fizikalnya mahupun rohaninya. Di syurga tidak terdapat sebarang kekotoran baik habuk, kuman mahupun karbon monoksida. Saya yakin di syurga juga tiada sifat-sifat buruk dan kotor dalam hati ahli-ahlinya. Tiada syak wasangka buruk, irihati, tamak dan sebagainya. Yang ada hanyalah sifat sayang menyayang yang tulus ikhlas.

Dalam hal ini kalau kita nak ke syurga kita kenalah pastikan yang diri / hati kita berada dalam keadaan yang bersih. Oleh itu sepanjang kehidupan kita kena pastikan kita makan makanan yang halal, elakkan rasuah, elakkan riba, elakkan mengambil yang bukan hak, elakkan mata dari melihat yang lucah dan sebagainya, jaga telinga dengan mendengar yang benar, jaga mulut dengan bercakap dan menyampaikan yang benar jauh dari fitnah, mengadu domba dan tipudaya, jaga kebersihan luaran dan dalaman dan sebagainya. Bersihkanlah barang-barang, rumah, kolam dan bilik air kerana perbuatan menjaga kebersihan merupakan petanda keimanan. Itu saya yakin.

Ini kerana kita kena pastikan bila kita balik nanti menghadap Allah kita berada dalam keadaan yang sebersih boleh. Ini kerana dunia ini memang tempat manusia diduga. Tiada siapa yang akan lepas dari dugaan Allah.

Bersambung...

Apapun fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.