24 Februari 2010

Kisah Pokcik Kayo - Bab Pengenalan

Pokcik Kayo Kematian Isteri Tercinta



Pakcik Din adalah seorang penduduk sebuah kampung di Negeri Sembilan. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Rosnah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pakcik Din yang berusia menjangkau lima puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.



Pakcik Din pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pakcik Din begitu cintakan isterinya. Seorang kawannya yang bernama Mamat telah berkata,



“Awak ni terlalu cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.”



Pakcik Din menjawab,



“Sebenarnya sebelum Rosnah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwinpun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”



“Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya selalu supaya rumput cepat tumbuh.” Sambungnya perlahan.



Semenjak kematian Makcik Rosnah, Pakcik Din begitu sedih lalu mengambil keputusan untuk menjual tanah miliknya yang berjumlah 10 ekar itu.



Bersambung....



Faizal Yusup




Facebook : Faizal Yusup


Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!



PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.



Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.