Betul ke?
Topik ini akan menghuraikan tentang mereka yang merasakan diri mereka complicated dan sukar difahami.
Bagi saya tak ada apa yang complicatednya. Manusia ini hanya terbahagi kepada dua kategori iaitu ;
· Mereka yang patuh dan
· Mereka yang tak patuh.
Selalunya keluhan yang dirinya complicated ini datangnya dari mereka yang tak patuh. Huraiannya mudah, dalam kehidupan ini boleh dikatakan semua perkara ada peraturan dan undang-undang sama ada formal dan yang tak formal. Meraka yang tak patuh ini suka dan gemar melanggar peraturan ini,. Saya menamakan mereka free soul atau roh yang bebas. Mereka ini lebih gemar melakukan tindakan mengikut kata hati atau dalam ertikata lain mengikut nafsu.
Dalam rumah mereka tidak menutup ubat gigi dan syampoo setelah digunakan, mereka tidak meletak kembali barang yang telah diambil mereka membuat sepah sesuka hati, mereka malas berkemas, mereka menipu mak bapak, mereka tak patuh arahan kedua orang tua memberontak, mereka berkawan dengan budak-budak liar dan sebagainya.
Di sekolah mereka tak buat kerja sekolah, mereka menconteng dinding, merokok, ponteng sekolah, terlibat dengan gangterism dan sebagainya.
Di tempat kerja mereka menghadapi masalah disiplin, lambat ke tempat kerja, selalu MC, tak siapkan kerja, tuang, ponteng dan sebagainya.
Seterusnya mereka memandu tanpa lesen, tanpa road tax, mengubahsuai kereta /motor agar laju dan dapat berlumba, memandu tanpa menghiraukan orang keselamatan orang lain, tanpa mempedulikan undang-undang jalanraya dan sebagainya.
Dari segi ugama pun sama mereka melanggar perintah Allah, membuat apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang di suruh dalam kebanyakan aspek. Mereka ponteng solat, ponteng puasa, ponteng zakat, tak pedulikan ibubapa, orang lebih tua, jiran, berjudi, minum arak, dadah, maksiat, hedonism dan sebagainya.
Mereka ini ada yang bersifat aktif namun ada juga yang bersifat pasif nampak baik dan pendiam namun demikian ketidakpatuhannya tetap sama. Bayangkanlah ada satu landasan mereka ini adalah orang yang suka keluar dari landasan itu. Ada satu jalan yang lurus dan terang yang dikuti oleh orang-orang yang patuh tetapi mereka lebih suka mengikut jalan yang bersimpang siur, berliku-liku dan dalam kegelapan.
Inilah tanda-tanda orang free soul ini.
Maka bagi mereka yang berada dalam landasan kepatuhan mereka tak faham orang yang free soul ini dan selalunya mereka akan mengatakan yang golongan free soul ini degil pentingkan diri sendiri dan dalam banyak kes menghukum golongan ini. Ibu bapa yang mendapat anak free soul ini selalunya akan menghukum merotan dan sebagainya di zaman dahulu golongan ini dihukum dengan lebih teruk lagi contohnya dengan mengikat mereka pada pokok dan ditaburkan kerengga-kerengga yang mengigit di badan yang berlengging sebagai hukuman.
Pada masa yang sama golongan free soul ini tak faham pula dengan orang yang berada dalam jalan yang lurus ini kerana mereka tak pernah berada di dalamnya. Ketidakfahaman datang kerana golongan patuh tak pernah masuk dalam landasan tidak patuh dan sebaliknya golongan tak patuh pula tak pernah masuk dalam landasan golongan mereka yang patuh. Di sini seakan ada satu hijab yang menutupi dan antara keduanya. Tanyalah orang tua yang pernah berada dalam kedua-dua landasan ini, orang tua yang dahulunya tak patuh dan akhirnya kembali ke pangkal jalan dan menemui jalan kepatuhan ini. Percayalah mereka akan faham apa yang saya maksudkan ini.
Tiada apa yang hendak dikatakan tentang mereka yang patuh ini kerana mereka akan sentiasa mengikut dan menurut apa juga peraturan dan undang-undang yang telah diberikan pada mereka dan mereka tak ada masalah mengikutinya.
Mari kita ambil sungai makhluk Allah sebagai analogi iktibar. Hujan turun di gunung. Mata air dan air-air menuruni gunung tersebut dan mereka bercantum membentuk anak sungai, anak sungai bercantum menjadi sungai sungai pun turun mengikut jalannya yang tertentu, melalui lurah dan gaung, ada tempat ia perlahan, ada tempat ia laju, ada tempat ia berpasir dan ada tempat ia berbatu ada tempat ia tenang ada tempat beralun dan ada tempau ia terjun, perjalanannya terus sahaja menuju destinasi yang dijanjikan iaitu laut. Sungai patuh dan mengikut sistem alam yang telah dijanjikan. Bayangkanlah sungai yang tak patuh lantas tiba-tiba berhenti tak mahu terjun atau mengalir ikut suka hati ke sana dan kemari tidak bersatu.
Maknanya di sini semua manusia sepatutnya faham kalau semua makhluk pokok, batu, gunung, awan, binatang, langit, matahari, api dan sebagainya mematuhi hukum Allah Taala tiada sebab kenapa kita tak patuh. Tiada sebab kita perlu keluar dari landasan kepatuhan kerana kita sebenarnya mesti berada dalam lingkungan kepatuhan.
Kalau difikirkan semua makhluk Allah ini patuh kepada hukum Allah Taala kecuali setan. Manusia dan Jin pula diberi pilihan. Oleh itu sebagai kesimpulan pilihlah jalan yang betul!
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.