05 Februari 2010

Kenapa Kita Bodoh?


Kita bodoh sebab, kita tak tahu menilai yang mana satu input yang ;

·         Baik dengan yang buruk
·         Benar dengan yang salah
·         Berisi yang mana yang kosong
·         Mendidik dengan yang mengherdik
·         Sekular yang mana Islamik
·         Moral yang mana akhlak
·         Berharga dengan yang tidak
·         Ilmu yang mana satu maklumat

Pengisian yang terbaik mestilah punya ciri-ciri berikut ;

·         Mendidik
·         Berguna
·         Meningkatkan keimanan
·         Membersihkan hati
·         Benar
·         Baik
·         Berisi
·         Islamik
·         Berharga
·         DLL

Ilmu berbeza dengan maklumat dengan soalan ini antaranya.

Adakah input itu masih bertahan dan releven 1000 tahun lagi atau adakah input itu akan pupus begitu sahaja dilupakan manusia?

Input yang paling tinggi nilainya ialah input keimanan yang menceritakan perihal yang ghaib dalam rangkuman Rukun Iman.

Cerita pasal Allah SWT?
Cerita pasal Nabi dan Rasul?
Cerita pasal Para Malaikat?
Cerita pasal Al Quran?
Cerita pasal Hari Akhirat?
Cerita pasal Qada dan Kadar?

Input yang bertujuan menyebarkan syiar Islam.

Input yang paling murah dan kosong ialah ;

Cerita dalam lingkungan makruh dan haram.

Cerita yang menimbulkan konflik
Cerita yang menimbulkan permusuhan
Cerita kosong dan berlebihan
Cerita lucah
Cerita penipu
Cerita mengadu domba
Cerita hiburan yang berlebihan
Carita mencarut dan mengarut
Cerita fitnah dll.

Apa bezanya Input Islamik dengan Input Sekular?

Input Islamik adalah input yang mendidik membersihkan jiwa dan menjadikan diri insan yang berakhlak mulia. Input makanan Rohani.
Input Sekular adalah input yang mengotorkan jiwa dan menjadikan diri manusia yang penuh deception dan hipokrit. Input makanan nafsu dan perasaan.

Ingatlah manusia akan rugi kecuali mereka beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan keBENARan dan keSABARan.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.