04 Februari 2010

Nilai Moral Sekular Vs Nilai Akhlak Islam


Sebenarnya saban hari kita akan bertemu dengan pelbagai nilai dan pengisian di dalam kehidupan namun bagi kebanyakan kita, kita tak dapat menganalisanya kerana kita tak punya cukup ilmu pengetahuan yang terdahulu dalam diri untuk berbuat demikian. Analogi mudah, suatu resepi makanan sekalipun memerlukan pelbagai elemen untuk menjadikannya sedap. Untuk memasak ikan gulai lemak cili padi pun kita perlukan bermacam keperluan contohnya ikan, santan kelapa, serbuk kunyit, cili padi, asam limau, garam dan sebagainya. Kemudian kita perlu tahu cara memasaknya. Tanpa semua ini maka kita tak akan dapat memasak gulai lemak.

Demikianlah juga sekiranya kita tak punya cukup ilmu maka sukarlah untuk kita menganalisa dan mengkaji ilmu dalam kehidupan untuk kebaikan diri kita sendiri.

Di sini saya ingin membandingkan dua nilai utama iaitu nilai moral dangan nilai akhlak yang disarankan Islam.

Nilai moral atau common values adalah nilai yang diterima umum sebagai norma kehidupan. Untuk memudahkan kefahaman biar saya bagi contoh ;

Membantu orang buta melintas jalan.
Nilai moral
Nilai akhlak
Membantu kerana inilah nilai yang diterima sejagat.
Membantu kerana ingin menunjukkan kepada orang lain yang diri kita baik.
Membantu kerana ia disarankan Islam

Membantu ikhlas kerana Allah Taala.

Untuk menghilangkan marah dan mendapatkan ketenangan
Nilai sekular
Nilai ugama
Luahkan pada kawan
Jauhkan diri
Menjerit
Tarik nafas dan bersenam
Menyendiri
Keluarkan di tempat lain
Berzikir dan beristighfar
Jauhkan diri
Duduk
Baring
Ambil wuduk
Solat sunat

PERSIMPANGAN DILEMA NILAI

Semenjak kita dilahirkan dan dikurniakan akal saban hari kita akan bertembung dengan persimpangan dilema nilai. Persimpangan dilema nilai? Tak pernah dengar pun Faizal. Persimpangan Nilai nak menuju ke Sepang tahulah.

Hawhawhaw.

Begini. Biar saya terangkan. Pesimpangan itu hanya terbahagi kepada dua jalan untuk dipilih iaitu nilai Sekular / Moral dan satu lagi nilai Islam / Akhlak.

Dalam sistem sekular atau barat nilainya hanya terbahagi kepada dua iaitu sama ada ia baik atau ia buruk sahaja tetapi dalam Islam ia terbahagi kepada lima kategori nilai iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Contohnya kalau kita dapat duit yang banyak nilai sekular membolehkan kita berbuat apa sahaja dengan duit itu tetapi nilai Islam ada hukum yang perlu diikuti. Yang wajib membayar hutang, membayar zakat dan menunaikan haji, yang sunat bersifat derma dan sedekah, yang harus makan dan minum serta mengelakan yang makruh seperti pembaziran, rokok dan akhir sekali yang haram, berjudi dan sebagainya.

Nilai Moral

Dalam contoh membantu orang buta di atas, ada yang ikhlas membantu namun demikian ada juga yang tidak ikhlas dan mahukan sesuatu sebagai pulangan atau ganjaran. Selalunya dalam nilai ini bantuan yang dihulurkan mahu diganjari dalam bentuk nama, pangkat duit, mahu menjadi terkenal, mahu dilihat manusia dan sebagainya. Mereka membantu kerana mengikut orang lain oleh sebab ia nilai umum yang diterima manusia sejagat.

Masalahnya ada diantara mereka akan menggunakan semua pertolongan dan bantuan ini sebagai senjata. Mereka akan mengungkit semua ini bila berlaku perselisihan pendapat dengan orang yang pernah mereka bantu.

Seperkara lagi, bila orang telah terhutang budi maka mudahlah mereka menjerut leher mempergunakan orang tersebut untuk kepentingan dirinya.

Nilai Islam

Nilai Islam pula bukan begitu, seorang muslimin itu membantu dengan ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan kerana mereka melakukannya hanya untuk mendapat redha Allah Taala. Ini kerana mereka tahu yang inilah yang disarankan Islam sepertimana yang dikisahkan dalam Al Quran mahupun yang dizahirkan oleh Rasullullah SAW.

Ketahuilah hakikatnya yang ketenangan hanya akan datang kepada mereka yang mengingati Allah dan mereka yang dekat dengan Allah Taala akan berasa bahagia kehidupannya. Mereka tak perlu untuk pergi mencari outlet atau jalan keluar yang lain demi untuk mencari ketenangan diri. Mereka tak perlu menjerit, menangis, melompat bungee jumping, melakukan maksiat, berhibur, pergi ke kelab-kelab malam dan konsert, bawa kereta laju-laju, bersukan, bermain games, mencederakan diri sendiri mahupun membunuh diri demi untuk mencari ketenangan tersebut.

Contohnya semasa tsunami, gempa bumi, kemerosotan ekonomi yang teruk dan sebagainya, adakah manusia mencari ketenangan dengan berhibur dan bersuka ria? Pastinya tidak. Tahu kemana mereka pergi? Kebanyakannya tak kira apa ugamanya akan pergi ke tempat-tempat ibadah kembali mencari Tuhan.

Sukarkah ini untuk difahami?

Kalaupun anda tak percayakan hari akhirat dan percaya yang bila kita mati kita hanya akan hilang dari muka bumi dan digantikan dengan manusia baru dalam generasi yang seterusnya lantas membolehkan anda berbuat sesuka hati di muka bumi mengikut nafsu namun demikian ini sebenarnya adalah satu perjudian. Ini kerana sekiranya Akhirat itu benar dan bila kita mati maka kita akan dimasukkan ke dalam Neraka buat selama-lamanya, bukankah itu bakal menjadi satu penyesalan. Janganlah memperjudikan nasib begitu. Pada saya adalah lebih baik kita bersedia dengan melakukan ibadah kepada Allah pada setiap masa dan ketika selagi kita mampu dan terdaya.

Oleh itu perhatikanlah setiap pengisian yang diterima dan keluar dari diri kita. Ia sebenarnya hanya terdiri dari dua kategori iaitu sama ada ia bernilai sekular atau ia bernilai Islamik. Pilihlah yang terbaik!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.