08 Februari 2010

Alter Ego


Abu, seorang budak yang kurus, kecil namun demikian dia seorang anak orang berada yang hidupnya bagai menatang minyak yang penuh. Semua keperluan kehidupannya disediakan serba mencukupi.

Malangnya bila ke sekolah dia sering dibuli. Duitnya diperas oleh kawan-kawan sekolahnya dan sebagainya. Tak tahan dengan keadaan ini dia mula mempelajari seni mempertahankan diri dengan harapan satu hari dia akan menjadi kuat dan dapat membalas dendam.

Satu hari bapanya membawa dia menonton filem Batman lantas mulai hari itu dia menjadikan Batman sebagai alter ego kehidupannya. 
Ada orang memilih Superman, Naruto, Kanku Dai, X Men, Batman, James Bond, The Undertaker dan pelbagai superhero lain sebagai alter egonya.

Ali pula memilih Samurai X sebagai alter egonya. Siapa samurai ni? Itulah Kenshin Himura atau Rurouni Kenshin atau lebih dikenali dengan nama Samurai X. Seorang Samurai dengan huruf X dipipi kirinya.

Dia memilih Samurai X sebagai alter ego kerana beberapa sebab.

Dia mempunyai pedang bernama reverse edge. Padang reverse edge ini tajamnya di sebelah belakang . Ini kerana Samurai X tidak menggunakan senjata untuk membunuh tetapi hanya ingin memberi pengajaran.

Ali merupakan seorang yang berilmu. Kurniaan ilmu yang ada dalam dirinya tidak digunakan untuk menindas dan merasakan diri lebih baik dari orang lain tetapi bagi tujuan menyampaikan pengisian dan berkongsi ilmu pengetahuan. Dalam kisah Samurai X ini disebabkan dia merupakan seorang yang tinggi ilmu kemahirannya maka ia menjadikannya seorang yang berkeyakinan untuk bersemuka dan bertarung dengan sesiapa pun juga.
Ilmu ini juga seakan sebilah parang yang boleh digunakan untuk tujuan manfaat dan pada masa yang sama membawa mudarat. Digunakan dengan cara yang betul ilmu ini digunakan untuk menyampaikan dengan memberi pengisian kepada khalayak bagi membangunkan bangsa dan ugama. Digunakan dengan cara yang salah dengan menindas orang lain dan melakukan kerosakan. Bila pemilik ilmu itu merasakan yang dia serba pandai.

Kefahaman yang dikurniakan Allah Taala kepada Ali ini telah memberikan keyakinan yang tinggi dalam dirinya untuk membicarakan apapun juga. Dalam banyak hal bila Ali bertemu dengan orang lain dia seakan bertarung dengan mereka dan Ali boleh mengalahkan mereka dengan mudah namun demikian dia tidak berbuat demikian kerana dia bukan datang untuk bertarung. Dia datang untuk menyampaikan berita dari Allah ikhlas keranaNya. Pada masa yang sama dia menyampaikannya dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Kenapa perlu ada alter ego ini?

Kekadang manusia mempunyai alter ego atau ego alternatif bagi tujuan yang tertentu. Selalunya alter ego ini bertujuan untuk memberikan kekuatan kepada orang itu mahupun bagi tujuan menunjukkan ciri-ciri persamaan dirinya dengan alter egonya itu. Dikala yang lain pula tujuan sebenarnya mereka memilih superhero ini ialah bagi tujuan menyembunyikan kelemahan diri. Alter Ego sebegini digunakan sebagai topeng yang menyembunyikan dirinya yang sebenar. Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan alter ego ini sebagai idola bagi mencapai kecemerlangan sepertimana yang dicapai oleh alter egonya itu.

Apapun bagi saya apapun juga tujuannya andai ia membawa kebaikan maka tak ada salahnya mempunyai alter ego ini tetapi janganlah sampai alter ego ini menguasai diri dan kita hidup dalam kepura-puraan. Di Barat ia juga didefinisikan sebagai sejenis penyakit yang perlu dirawati. Sebagai orang Islam pula pada pendapat saya adalah lebih baik mengambil Rasullullah SAW sebagai idola dan ikutan dari yang lainnya.

Oh Ya. Ada tak orang yang ambil Keluang Man dan Cicak Man sebagai alter ego dirinya? Hawhawhaw...

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.