13 Februari 2010

Intipati Blog Faizal Yusup


Intipati blog Faizal Yusup ini adalah seperti berikut ;

  1. Blog Quantum Leap Mentaliti

Kita selalu mendengar ungkapan ini,

“Prasarana kelas Pertama tetapi Mentaliti Kelas Ketiga...”

Walaupun negara membangun dengan begitu pesat dengan prasarana sepertimana yang ada di negara maju namun mentaliti dan sikap rakyat di dalamnya masih jauh ketinggalan. Masih suka membuang sampah merata-rata, kemesraan atau hospitaliti masih rendah, vandalisme, gangsterism, sikap kiasu, gejala sosial dan sebagainya masih membelenggu dan menghalang pembangunan yang seimbang di negara ini. (Panjang kalau nak cerita. Mungkin dalam artikel yang lain.)

Analoginya umpama kita memandu kereta. Kita tak akan dapat mengejar negara maju kalau kita masih memandu dengan kelajuan yang sama. Kalau negara maju memandu pada kelajuan 100 km/j dan kita memandu dengan kelajuan yang sama maka kita pastinya tak akan dapat mengejar mereka. Dalam hal ini kita kena memecut lebih laju untuk mengejar mahupun memotong mereka. Atas sebab itulah kita perlukan ilmu pengetahuan yang mendalam. Namun demikian analogi ini tak tepat untuk menerangkan tentang makna “quantum leap” di sini.

Apapun setiap tamadun perlu melalui fasa-fasa dalam semua peringkat dari mundur, membangun dan maju seperti pertumbuhan pokok mahupun tumbesaran seorang anak menjadi seorang yang dewasa. Oleh itu sekali lagi saya ulangi ilmu pengetahuan dan modal insan menjadi faktor utama bagai mempercepatkan tamadun kita untuk menjadi tamadun yang maju dan unggul dalam semua aspek.

1.   Blog Revolusi Baru Kecemerlangan Diri

Blog ini juga merupakan blog motivasi untuk mereka yang berada dalam keadaan yang baik untuk menjadi lebih baik demi menuju kecemerlangan. Bezanya ia memberikan pandangan yang kreatif dan inovatif yang sesuai untuk semua peringkat masyarakat di zaman ini. Zaman berubah oleh itu pengisian motivasi juga sebenarnya berubah mengikut peredaran zaman. Blog ini secara tak langsung mengisi kelompongan yang ada dalam aspek motivasi hari ini.

Di sini saya tidak mengatakan yang pengisian motivasi yang sedia ada tak baik, banyak yang baik namun demikian blog ini merupakan penambahan atau supplement kepada pengisian serta input yang telah sedia ada.

2.   Blog Kaunseling Era Baru

Blog ini secara langsung memberikan analisis kes dan kaunseling dengan analogi-analogi, metafora, contoh dan kes-kes yang segar dan baru yang jarang dihuraikan oleh mana-mana penulis. Kaunseling dengan memberikan ilmu dan saranan dari perspektif yang berbeza akan dapat memberikan pilihan yang lebih banyak sebelum apa-apa tindakan diambil. Kefahaman dari sudut yang lebih meluas juga pastinya akan memberi ketenangan dan kefahaman yang jitu mengenai sesuatu masalah itu.

Saya telah lama berkecimpung dalam bidang kaunseling jalanan ini, walaupun saya bukanlah seorang yang mempunyai kelulusan atau bekerja dalam bidang ini tetapi pengalaman dalam menjalankan kaunseling jalanan sudah cukup untuk saya memahami pelbagai masalah memberikan saranan yang paling berkesan bagi menghadapinya lebih-lebih lagi dalam kes-kes yang pernah saya tangani.

InsyaAllah andai anda membaca kesemua topik dan artikel yang dipaparkan dalam blog ini saya yakin anda akan faham apa yang saya maksudkan ini.

Bersambung...

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.