06 Februari 2010

Catatan Faizal Yusup



Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini,

Selamat singgah dan selamat bertamu di blog Faizal Yusup ini. Semoga anda seronok berada di sini dan sedikit sebanyak mendapat manfaat dari artikel-artikel yang disajikan.

Apapun di sini saya ingin berkongsi dengan anda fakta ini, fakta yang diajukan kepada saya oleh seorang sahabat, sahabat yang telah lebih 20 tahun tidak saya temui ;

Dalam hal Blogging ini, sebuah kajian yang dibuatnya selama 3 bulan tahun lepas mendapati ;

70%          -  penulis blog politik
20%           -  penulis blog cerita sendiri
10 %         -  penulis blog hangat-hangat taik ayam

Dalam 70% blog politik pula terbahagi kepada 5 jenis

1. Memang tahu sains politik
2. Kurang tahu tapi bijak memanipulasi
3. Separuh tiang, tapi tunjuk pandai
4. Parti pembangkang
5. Betul tak betul, fakta atau tidak, blogger yang suka hentam orang.

Fakta ini merujuk kepada blog berbahasa Melayu.

Sahabat saya itu juga mengatakan yang blog motivasi seperti Faizal Yusup adalah 0.001%. Apapun blog Faizal Yusup ini masih tergolong dalam yang 20 % yang menulis cerita sendiri sebenarnya - memotivasi berdasarkan pengalaman, pengamatan, pemerhatian dan pemikiran sendiri TAPI dengan fakta sahih.

Dia begitu yakin yang blog ini boleh membawa perubahan kepada pembacanya jadi dia mahu cuba memperkenalkan blog ini kepada awam kerana katanya,

“ Aku rasa rugi blog yang bagus isinya tapi orang tak tahu kewujudannya. ”.

Ahmad Halidi

Terus terang saya bersyukur ke hadrat Allah Taala atas semua ini. Kerana menggerakkan hati sahabat saya itu. Padanya, kalau dia membaca artikel ini, saya ungkapkan sebuah penghargaan.

Pada saya, saya hanyalah seorang posmen yang menyampaikan surat-surat kepada anda yang budiman. Terpulanglah kepada anda untuk menilai isi kandungannya.

Sekian dulu.

Wassalam.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.