13 Februari 2010

Kes Buang Bayi / Ustaz Meraba / Bapa Tiri Rogol Anak Tiri


Baru-baru ini dalam Harian Metro dipaparkan kes-kes berikut ;

·         Kes buang bayi mati hingga dihurung semut.
·         Kes Ustaz yang dituduh mencabul anak muridnya.
·         Kes Bapa tiri merogol anak tirinya.

Di sini saya ingin membuat sedikit analisis dari kes-kes tersebut ;

Pada pendapat saya semuanya ni bermula di hati. Hati yang dikotori dengan sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat buruk akan menghasilkan perbuatan atau tindakan yang buruk. Bermula dengan keingin di hati ia akan dicerminkan dengan perbuatan. Perbuatan itu pula ada yang bersifat pasif hanya kepada diri sendiri namun demikian ada juga yang aktif hingga berani melibatkan orang lain tanpa memikirkan akibat dari perbuatan tersebut.

MASALAH HATI

Hati yang sukakan kelucahan

PERBUATAN

Menonton Video Lucah
Pasif hanya pada diri sendiri
Melakukan Onani
Mengendap / Voyuerism
Aktif melibatkan mangsa
Meraba / Mencabul
Hubungan seksual
AKIBAT
HUKUMAN
Anak luar nikah / Buang Bayi
Gantung / Penjara / Rotan / Denda / Kompaun
Lari Rumah / Bunuh Diri
Bunuh Mangsa dll

Analogi yang boleh diambil bila memiliki sifat dan sikap buruk atau mazmumah ini ialah ia seakan membela seekor binatang buas di hati. Semasa ia kecil kita mungkin akan dapat menjaganya dengan baik dan ia bersifat pasif dan nampaknya seperti tak akan menyebabkan sebarang kerosakan. Namun kalau kita terus memberinya makan dan segala keperluannya maka ia akan membesar dan terus membesar di hati. Ia akan menjadi lebih aktif dan masalahnya ialah satu hari ia mungkin sudah dewasa dan dapat menguasai hati hingga ia tak dapat dibendung lagi.

Keadaannya samalah seperti seorang budak yang didedahkan dengan kelucahan melalui video-video lucah yang ditontonnya. Semakin lama ia menjadi seakan makanan ruji harian yang diperlukan saban hari. Semakin lama semakin galak. Lama kelamaan nafsu tak dapat dibendung lagi maka mereka mula mencari jalan untuk melakukan hubungan seks. Maka terjadilah kes budak remaja yang merogol budak sekolah, bapa yang merogol anak, kes sumbang mahram, meliwat, mencabul kehormatan, salahlaku seksual, meraba dan sebagainya.

Lebih teruk lagi kesan sampingan yang yang terjadi dari sifat buruk ini iaitu lahirnya anak luar nikah, buang bayi yang tidak berdosa, lari dari rumah, cubaan bunuh diri dan bunuh diri itu sendiri, mengalami gangguan mental, menghidap penyakit AIDS, masalah dalam rahim dan penyakit seksual yang lainnya yang menjadi bebanan kepada keluarga, masyarakat dan negara.    

Hanya kerana ingin melampiaskan nafsu selama beberapa saat ia menyebabkan pelbagai masalah.

Mari kita kaji kes ini;

Dua orang remaja yang melakukan hubungan seks menyebabkan pasangannya mengandung. Si perempuan memberitahu kekasihnya tetapi si lelaki tak mahu bertanggung jawab. Si perempuan cuba untuk mengugurkan kandungan dengan pelbagai cara tetapi tak berjaya. Ingin mencari klinik untuk menggugurkan anak tak tahu dimana disamping tak punya duit untuk berbuat demikian. Mereka buntu dan terpaksa mencari jalan menyorok dan menunggu bayi itu dilahirkan.

Bayi lahir.

Ditinggalkan dimana-mana atau dibuang sama sekali.

Mak bapak menanggung malu, cubaan membunuh diri, lari dari rumah, kalau ditangkap akan dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan dan pelbagai implikasi lain lagi.

Namun demikian banyak juga kes yang tak buntu begini dan punya jalan keluar iaitu mengugurkan anak luar nikah itu, bernikah sebelum perut kembung, memberikan bayi kepada orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya janganlah biarkan sifat mazmumah kelucahan ini bersarang dalam diri, janganlah bela ia hingga ia membesar dan dapat dibendung lagi.

Dan,

Kumpul duit, nikahlah...

Sesungguhnya pernikahan itu sunnah Nabi SAW dan ia sebenarnya menyempurnakan separuh dari iman.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.