Beberapa hari yang lalu saya ada berbual dengan salah seorang dari pembaca blog ini.
Katanya ;
Sekarang setiap hari bila sampai ke pejabat dia akan membuka blog ini dan bila berkesempatan akan membaca artikel-artikel yang ada. Katanya secara tak langsung blog ini banyak mengubah perpektif pandangan kehidupannya. Membantunya memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan orang lain, mengenali serba sedikit sifat dan sikap orang lain, mendekatkan dirinya kepada Allah dan sebagainya. Dia yakin dan percaya blog ini akan pergi jauh dan dia selalu membuat promosi percuma untuk blog ini kepada kawan-kawannya. Pada masa yang sama dia mengatakan yang teka teki dan cerita lawak saya itu umpama pembayang kepada cerita sebenar.
Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca tersebut. Saya percaya apa yang sedap pada anda belum tentu sedap pada orang lain. Saya yakin pembaca tadi seorang yang suka pada ilmu jadi sukalah dia datang kemari. Kalau dipromosikan pada kawan yang tak suka pada ilmu maka tak sukalah orang itu ke sini atau kalau dia sukapun kerana dia suka pada cerita-cerita lawak dan teka teki yang boleh dijadikan modal ketika minum teh di waktu rehat.
Bagaimana pula dengan anda?
Anda mungkin sebelum ini pernah berkunjung dan membaca artikel yang ada di blog Faizal Yusup ini atau mungkin juga ini merupakan kali pertama anda bertamu di sini.
Persoalannya ;
· Adakah anda datang kemari ingin mencari ilmu?
· Adakah anda datang kemari kerana ingin mencari terapi diri?
· Adakah anda nak cari idea teka teki dan lawak yang menggembirakan diri atau orang lain?
· Adakah anda datang kemari ingin mengetahui tentang kehidupan dan bagaimana untuk menangani masalah?
· Atau adakah anda ke sini untuk berkenalan dengan Faizal Yusup?
Ermm.. itu saya yakin jawapannya tidak... hawhawhaw...
· Atau sebab-sebab yang lainnya...
Ilmu dan pengetahuan yang anda dapat itu ;
· Adakah anda akan simpan dan gunakan untuk diri sendiri sahaja?
· Atau adakah ia disampaikan kepada yang lain dengan ikhlas?
· Atau adakah anda menggunakannya untuk tujuan yang salah iaitu untuk menunjukkan kepada orang lain yang anda seorang yang berilmu walhal anda hanya umpama burung kakak tua yang mengulangi kata-kata?
Persoalannya mudah, apakah niat anda datang ke mari? Adakah anda datang untuk mendapatkan kaunseling / motivasi atau adakah anda datang untuk berseronok dengan kisak lawak jenaka? Kalau di hati anda telah di program untuk mendapatkan input-input kaunseling maka saya yakin anda akan fokus pada input yang disampaikan. Tapi kalau niat anda datang ke mari untuk segmen lawak pastinya anda akan fokus memberi tumpuan kepada artikel lawak maka input kaunseling itu akan menjadi pasif dan tak kelihatan. Ia sebenarnya bergantung kepada niat di hati anda.
Walau apapun niat anda ke mari, terima kasih bertamu ye. Saya harap anda akan dapat satu dua manfaat yang bakal melekat di hati dari tulisan-tulisan bisu ini. InsyaAllah...
Terus terang sebenarnya tak cukup hanya dengan sekadar membaca satu atau dua artikel di sini. Ia samalah keadaannya sekiranya anda menonton satu filem hanya di bahagian tengahnya, atau membaca novel sekadar di separuh jalan, mahupun membaca Al Quran (termasuk saya sendiri dalam hal ini ) tetapi tak faham dan tak habis membacanya. Kalau ada kesempatan, ruang dan peluang luangkanlah masa di sini kerana saya percaya sedikit sebanyak kalau anda menghayati apa yang ingin saya sampaikan maka saya yakin dengan izin Allah ia akan membawa kepada kefahaman, kesedaran dan perubahan dalam kehidupan anda.
Apapun saya harap sebagai tanda penghargaan kepada apa yang anda dapat dari blog ini, kalau tak keberatan tinggalkanlah komen, jadilah follower dan sampaikanlah kepada yang ramai. Allah SWT tak akan mengurangkan manfaatnya walaupun satu.
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sidang pembaca yang baik hati sekelian dapat berbuat demikian. InsyaAllah...
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.