Dewasa ini di negara ini umat Islam khususnya telah diterapkan dengan sistem sekular semenjak sekian lama hingga menyebabkan mata hati kebanyakan kita tertutup. Penutupan mata hati ini seterusnya menyebabkan kita buta dan tak nampak banyak perkara. Kita jadi seumpama kelkatu malam dalam bilik yang gelap.
Tak apalah. Saya bukan nak berceloteh buang masa, saya nak sampaikan satu analogi yang disampaikan oleh seorang sahabat saya.
Mari kita ikuti kisah kelkatu ini.
Dalam sebuah bilik yang gelap di malam hari terdapat banyak kelkatu yang hdup berterbangan di dalamnya. Mereka makan, minum, tidur, melakukan hubungan seks tanpa dapat melihat kerana mereka berada dalam kegelapan yang berterusan semenjak lahir lagi. Mereka tak tahu bagaimana rupabentuk diri mereka sendiri.
Mereka mencari makan dengan menghidu arah makan lalu pergi mendapatkannya. Ada juga yang menemui sumber makanan ini mengumpulnya sebanyak yang mungkin.
Kisah Ali seekor kelkatu jantan yang berterbangan dalam bilik yang gelap di malam gelap gelita...
Bila bertemu dengan seorang kenalan baru, kenalan itu berkata,
“Boleh aku jadi kawanmu, aku seorang kawan yang baik dan bertimbang rasa...”
“Baiklah..” Jawab Ali.
Bertemu pula dengan seekor kelkatu yang lain,
“Saya kaya dan berpengaruh, mari ikut saya saya akan bawa anda ke tempat simpanan makanan yang banyak...”
“I follow..” Kata Ali yakin.
Seterusnya bertemu dengan seekor guru yang menceritakan tentang cahaya yang tak pernah dilihat sesiapa, maka ramailah yang menjadi pengikutnya. Ali meneruskan penerbangannya.
Kemudian bila bertemu dengan kelkatu betina Ali bertanya,
“Macamana muka kau?” tanya si jejaka.
“Aku cantik, putih melepak..” beserta semua iklan yang baik-baik mengenai dirinya cerita si gadis walhal dia sendiri tak tahu mukanya bagaimana.
Lalu akhirnya berkahwinlah sepasang kelkatu itu, mendapat anak dan meneruskan kehidupannya...
Begitulah kisah hidup para kelkatu yang banyak dalam bilik tersebut sekian lama hinggalah pada satu hari...
Cerita ini bersambung dengan 3 versi...
Versi 1
... Lampu bilik itu dibuka. Cahaya menerangi seluruh ceruk bilik tersebut.
Cahaya ini telah mengubah segala. Kawan yang disangkanya baik rupa-rupanya sedang mengambil dan mencuri barangnya. Kelkatu yang disangkanya kaya rupanya miskin umpama memakai baju yang compang camping, guru yang ramai pengikutnya itu rupanya menyampaikan berita yang menyesatkan. Isteri yang disangka cantik putih melepak rupanya sebaliknya.
Cahaya itu telah menampakkan segala. Dimana tempat makanan dan dimana tempat berak dan sebagainya. Maka semua kalkatu terbang pergi mendapatkan cahaya itu kerana bagi mereka cahaya itu amat menakjubkan dan cahaya itu membawa harapan dalam kehidupan.
Versi 2
... Menyusup masuk dari luar seekor kelip-kelip atau kunang-kunang. Kemasukannya membawa cahaya. Ada kelkatu yang tak menyukainya kerana dia merupakan species yang berbeza dan cahayanya menampakkan kejahatan dan kelemahan mereka yang selama ini tersembunyi. Apapun ramai yang menyukainya termasuk Ali. Semenjak itu Ali mula faham akan kisah keseluruhan kehidupannya. Bagaimana dia sebenarnya sedang berada dalam bilik yang gelap dan sebenarnya ada kehidupan yang penuh cahaya dalam kebebasan di luar sana dan sebagainya.
Cahaya kunang-kunang sahabatnya itu telah mengubah segala. Kawan yang disangkanya baik rupa-rupanya sedang mengambil dan mencuri barangnya. Kelkatu yang disangkanya kaya rupanya miskin umpama memakai baju yang compang camping, guru yang ramai pengikutnya itu rupanya menyampaikan berita yang menyesatkan. Isteri yang disangka cantik putih melepak rupanya sebaliknya. Semua ini kerana dia telah boleh nampak segalanya.
Versi 3
... Semasa mencari makanan Ali telah berjumpa dengan satu cahaya. Lalu dia pergi ke sana. Di situ dalam kelompok itu ada terdiri dari kelompok kelkatu-kelkatu yang bercahaya kemudian ada seekor yang paling bercaya diantara mereka. Dia umpama seekor kelkatu ajaib yang boleh menjadikan kelkatu yang lain juga bercahaya sepertinya. Tetapi mereka harus belajar taktik dan tekniknya sebelum dapat menguasai ilmu untuk menjadikan diri bercahaya itu. Saban hari semakin banyak kelkatu yang bercahaya dan cahaya itu semakin terang dan pengikut kelompok ini juga menjadi semakin ramai. Kelompok ini hidup dalam harmoni kerana semuanya terdiri dari kelkatu yang berkasih sayang antara satu sama lain. Mereka bersahabat.
Tak lama kemudian Ali pun dapat menguasai teknik untuk menjadikan diri bercahaya ini.
Cahaya ini telah mengubah segala. Kawan yang disangkanya baik rupa-rupanya sedang mengambil dan mencuri barangnya. Kelkatu yang disangkanya kaya rupanya miskin umpama memakai baju yang compang camping, guru yang ramai pengikutnya itu rupanya menyampaikan berita yang menyesatkan. Isteri yang disangka cantik putih melepak rupanya sebaliknya.
XXXXXXX
Faham tak?
Di dunia ini bukan senang sebenarnya nak kenal yang mana kaca dan yang mana permata. Orang cakap cinta itu buta tapi kenapa bercinta tak buka mata?
Tamsilan dari analogi ini ialah;
• Ada orang berkawan tetapi tak tahu sama ada benar itu kawan, lawan atau sahabat. Yang disangkanya kawan rupanya kawan makan kawan yang ada agenda kepentingan dirinya sendiri...
• Ada yang berkasih tapi tak kenal kekasihnya hinggalah sudah terlanjur...
• Ada yang berkahwin tapi tak kenal pasangannya hinggalah berlaku pelbagai persengketaan dalam rumah tangga dan akhirnya menyebabkan penceraian...
• Ada yang mengikut guru tetapi akhirnya gurunya itu mengajar ajaran sesat...
• Ada yang hidup di dunia tapi tak sedar akan kebahagiaan kehidupan di akhirat.
• Yang lainnya anda fikirlah sendiri.
Bagi saya cahaya ini umpama mata hati yang terbuka luas. Keterbukaan mata hati ini akan membolehkan anda melihat perkara tersirat yang tak dapat dilihat sebelum ini.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.