23 Februari 2010

Teka teki Corner



TEKA TEKI KUIH

1.           Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Kueh teow

2.           Tiap tahun berganti baru, apa benda yang tak baru-baru?
Kuih Batang Buruk

3.           Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang tak makan tengahnya?
Kuih Donat / Keria

4.           Dalam banyak-banyak kuih raya. Kuih apa bersifat keibuan? Kuih mama carry

5.           Inti dekat dalam, tepung dekat luar bentuk macam karipap. Kuih apa tu?
Karipap ler... hawhawhaw

6.           Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa paling jauh sekali?
Kuih bulan

7.           Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang kulit di luar, isi di luar?
Kuih tak siap

8.           Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang isi di luar kulit di dalam ?
Kuih salah bikin

TEKA TEKI BURUNG

9.           10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah,namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

10.        Burung raja udang tinggal di mana?
Burung= pokok, raja=istana, udang =laut

11.        Pada suatu hari ada seekor burung. Ia terbang di atas sebuah kapal terbang, tetapi ia tiba-tiba jatuh di atas kapal itu, kenapa?
Sebab ia tidak tahan dengan bunyi kapal terbang lalu menutup telinganya dengan sayap

12.        Ada seekor burung dia ni tak pandai berenang, nak dijadikan cerita dia jatuh dari pokok lalu terjunam kat dalam sungai, jadi apa yang terjadi?
Dia terbanglah. 

13.        Banyak-banyak nenek, nenek apa yang boleh terbang?
Nenek burung

14.        Binatang apa yang baik ?
Burung bela tuk

15.        Burung yang tak bela anak dia?
Burung belatuk jugak, dia tak bela anak, dia bela atuk.

16.        Burung apa yang badan di kaki, kepak di kaki dan paruh pun di kaki?
Burung kena pijak.

17.        Ada 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kena seekor burung. Berapa burung yang tinggal ?
0, sebab yang lain takkan nak tunggu kena tembak kot?

18.        Burung apa yang ada satu jantina sahaja?
Burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua

19.        Dalam banyak-banyak burung, burung apa yang orang paling takut?
Burung Hantu

20.        Banyak-banyak hantu, hantu apa yang tak ada gigi?
Burung hantu

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.