01 Februari 2010

Kekotoran Hati


Dewasa ini begitu banyak blog yang ditulis penuh dengan kontroversi, memainkan isu perkauman, kebencian dan sebagainya. Tak kurang juga hate fan club / kelab membenci seseorang yang ditubuhkan di laman-laman web. Dalam beberapa kes blogger itu ditahan pihak berkuasa, dalam kes yang lain pula fan club itu dimansuhkan bila repot polis dibuat dan tak kurang juga kedengaran kes saman yang keluar akibat dari penulisan yang sebegini.

Memandangkan isu yang berleluasa ini maka saya tergerak untuk menulis artikel ini.

Seorang guru pernah berkata, kalau nak nampak lawa, pakailah bedak pada muka sendiri. Kita tak akan nampak lawa dengan menconteng arang ke muka orang lain. Sebenarnya ia akan hanya mempamerkan sifat buruk atau kekotoran hati dalam diri kita sendiri.

Nabi SAW sendiri berdakwah dengan kaedah menceritakan tentang kebaikan Islam dan bukannya dengan mengkeji ugama lain. Kejayaan akhirnya menjadi milik baginda walaupun ia nampak gagal pada permulaannya. Percayalah Allah Taala sentiasa bersama orang yang benar.

Mulut berkata kita hendalak sayang menyayang tetapi tindakan kita jelas sebaliknya. Dalam ertikata lain hentikanlah penghinaan, pengkejian dan kebencian ini. Ia sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri kerana membiarkan rongga-rongga hati dihasut setan. Ia juga menunjukkan kelemahan kita mengawal diri kerana tak dapat menggunakan akal bagi mengalahkan nafsu.

Anda masih merokok?

Ia sebenarnya juga petanda kegagalan diri mengawal nafsu. Tak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar mengenainya mahupun mengenai aspek-aspek yang lainnya. Ia hanya sebagai contoh mudah dan nyata untuk diambil iktibar. Carilah jalan untuk bersihkan hati, kalau pokok boleh mengambil najis sekalipun untuk dijadikan baja dan seterusnya mengeluarkan oksigen, buah dan pelbagai lagi manfaat buat kita, kenapa kita tak mengambil iktibar darinya? Bukankah Allah SWT menyuruh kita berfikir dan mengambil iktibar dari alam semulajadi?

Kesimpulannya berhemahlah dalam penyampaikan, sampaikanlah yang benar dengan amanah, penuh hikmah dan bijaksana. Janganlah main hentam ikut hati je. Kelak kita juga yang akan dipertanggungjawabkan dan di dunia di akhirat kelak.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.