31 Januari 2010

Lawak Corner

Kalahkan Hantu?
Nak kalahkan hantu? Baca ni

Toyol
Budak kecil bogel warna hijau ni senang je. Sediakan pisau satu. Kata kat dia meh sini biar aku sunatkan kau. Pasti toyol ni lari lintang pukang.

Orang Minyak
Nak mengatasi makhluk ni lagi senang, sediakan mancis, lighter atau lilin. Dia takut dengan api. Takut dirinya terbakar. Anda boleh juga minta dia minyak urut, minyak bijan dan sebagainya. Takpun mintak dia isikan minyak kereta anda sebab harga minyak dah mahal kebelakangan ni.

Pocong / Hantu Bungkus
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu buka tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya,ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja  dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.