1. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
Kalau dia angkat semua kaki, jatuh lah
2. Ada 2 ekor anjing buat lumba renang, yang seekor menang tapi yang seekor
lagi mati lemas kenapa?
1 - Anjing laut, 1 - Anjing biasa
3. Mana lebih tinggi ayam atau kura-kura?
Kura-kura sebab kura-kura 4 kaki
4. Banyak kaki tiada tengkuk, tiada kepala tiada ekor
Ketam
5. Binatang apa yang paling kurang ajar?
Kutu sebab dia pijak kepala orang
6. Ayam berkokok. Harimau?
Hari mau siang
7. Kutu apa yang haram disentuh?
Kutu Babi
8. Kenapa bangau tangkap ikan dalam sungai angkat 1 kaki?
Kalau angkat dua-dua
kaki, jatuh la.
9. Satu perlawanan bola sepak antara lipan menentang lipas.pada masa pertama,
lipan tewas tanpa perlawanan. Kenapa?
Lipan tak habis pakai kasut pada masa pertama.
10. Ikan
apa dari kepala sampai ke ekor penuh dengan telur ? Bahulu ikan
11. Bila
gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. Maka ayam jadi apa?
Ayam jadi banyak.
12. Mana
lebih panjang? Ekor tikus atau ekor kuda?
Ekor tikus lagi panjang
sebab tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
13. Kenapa
ayam lepas minum dia dongakkan kepala. Kalau makan tak pulak?
Sebab dia fikir nak
buang air kecil tak boleh-boleh. (Ayam berak je tak kencing)
14. Apakah
haiwan yang berkaki 3?
Kuda cacat. Kalau tak
cacat pasti kakinya 4.
15. 10
ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor
burung terus terbang tanpa masalah,namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi.
Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu
menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti
biasa.
16. Ikan
apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Ikan Belukang kerana
"Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan
Jawa.
17. Binatang
apa boleh terbang, memanjat dan berlari dengan laju?
Harimau kumbang.
18. Banyak-banyak
haiwan, haiwan apa yang lembab?
Kura-kura lepas mandi.
19. Kalau
gajah panjat pokok nampak apa?
Nampak sangat menipu.
Gajah mana boleh panjat pokok
20. Dalam
banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang pakai tudung ?
Singa.
Nukilan,
Faizal Yusup
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru
Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini?
Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk
semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.