17 Januari 2010

Ketauhidan

Percayalah kepada keesaan Allah tanpa ada perantara diantaranya.

Dewasa ini saya sering bertemu dengan orang-orang yang menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan mengatakan yang ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, menghindari penyakit, menajamkan pemikiran dan sebagainya. Kadangkala kata-kata yang dihujahkan nampak begitu meyakinkan namun demikian kata-kata itu tidak beralas seakan produk itu BERKUASA untuk membuat itu dan ini. Ini membuatkan saya tergerak untuk menulis artikel ini.

Dalam Islam seseorang individu itu sebenarnya boleh berinteraksi terus dengan Tuhannya tanpa mana-mana perantara. Oleh yang demikian kita boleh terus meminta ampun malah bertaubat kepada Allah Taala andaikata kita ada melakukan sebarang kesalahan dalam kehidupan. Hubungan terus kepada Allah Taala tanpa perantara.

Dalam hal ini janganlah jadi seperti mereka yang menganuti ugama lain yang percaya dosa mereka boleh diampunkan dan dibersihkan dengan mandi dalam sungai-sungai yang tertentu atau boleh diampunkan saban minggu oleh perantara yang tertentu.

Ingatlah dalam hal ketauhidan ini kita mesti yakin terus bergantung bulat-bulat kepada Allah dan bukan kepada mana-mana perantara atau makhluk. Ini kerana perantara atau mana-mana makhluk sekalipun tak boleh membawa manfaat atau mudarat kepada kita tanpa izin Allah Taala.

Oleh itu janganlah percaya,

·         Gelang boleh memberi kesihatan dan menyembuhkan penyakit.
·         Ada orang yang menyembuhkan penyakit.
·         Kita perlukan azimat dan tangkal dan kadangkala menyalahgunakan ayat-ayat Al Quran untuk jadi kuat, melariskan perniagaan, pengasih dan sebagainya.
·         Percaya kepada ramalan seperti tarikh lahir, fung shui, horrorskop/zodiak dan sebagainya.
·         Percaya pada warna, bunyi, aroma dan sebagai berupaya menyembuhkan itu ini dan sebagainya.
·         Percaya kepada hantu dan jembalang.
·         Tasbih boleh buat ubat.
·         Ubat boleh menyembuh penyakit.
·         Dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi.

Dalam hal ini memanglah makhluk dan kejadian Allah diciptaNya untuk berkhidmat kepada manusia namun ia bergantung kepada keizinanNya. Allah yang berikan penyakit dan Dia jugalah yang memberikan penawarnya dengan perantara seperti ubat, doktor, dengan ayat-ayat Al Quran dan sebagainya mahupun tanpa perantara secara terus dengan doa yang kita minta dariNya.

Mana-mana makhluk dan kejadian hakikatnya tak akan dapat berbuat apa-apa. Mereka tak punya kuasa melainkan Allah mengizinkannya. Oleh itu janganlah menyamakan mana-mana makhluk dengan Allah Taala. Syirik jadinya. Semua makhluk dan kejadian ini hanyalah perantara Allah Taala dan setan menggunakannya untuk memesongkan kita dari ketauhidan kepada Allah Taala yang satu.

Setan menggunakan kemiskinan contohnya dan kita merasakan yang kita akan mati dengan kemiskinan sedangkan Allah Taala telah menjanjikan rezeki bagi setiap anak Adam yang dilahirkan di muka bumi ini.

Masalah tentang syirik ini ialah kadangkala ia tersebunyi dan sukar untuk dilihat. Ia seakan seekor semut di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. Ingatlah dosa syirik atau menduakan Allah ini tak seperti dosa-dosa yang lain kerana doa syirik ini tak akan diampunkan Allah Taala. Dengan yang demikian kita kena berhati-hati agar kita tak terjebak dengannya.

Ini kerana katauhidan iaitu kepercayaan yang bulat keseluruhannya kepada Allah termaktub dalam Rukun Iman maka ia merupakan asas keimanan kita kepada Allah SWT.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.