15 Januari 2010

Puisi Corner

Bangsaku
Maruahmu tergugat dikala ini
Hilang arah tujuan
Tanah tumpah darah ini
Penat jerih generasi terdahulu
Entah kemana

Kau kalah dalam persaingan
Kau lesu dalam perjuangan
Lantang bersuara
Langkah tiada

Bangunlah bangsaku
Bangunlah
Bangsa yang dahulu ternama
Tegakkan panji-panjimu
Utuhkan rohanimu
Rapatkan barisanmu
Patuhi pemimpinmu

Ambil kembali apa yang hak
Lemparkan jauh apa yang batil

Jangan sekali engkau terpedaya
Dengan sandiwara dunia
Mungkin kau kalah hari ini
Belum tentu kau tumbang esok hari

Atur kembali langkah sumbangmu
Berguru dari yang tahu
Kembalilah ke medan perang
Dengan dada penuh terisi
Perisai sedia menampan
Senjata sedia menghunus

Kau akan menang
Kalau kena medannya
Kau akan menang
Kalau itu ketentuanNya.

nukilan,


Faizal Yusup

Diterbitkan dalam majalah Wanita bulan Ogos 2005

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.