22 Januari 2010
Lawak Corner
Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, mat rempit itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata,
“Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya.”
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya,
“Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan Insya’Allah pun pak cik tak sebut?”.
Sampuk si bapa,
“Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila ni.
Faizal Yusup
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.