20 Januari 2010

Hai Orang Dunia....

Terlalu ramai orang dunia yang ditemui dewasa ini dan pertembungan antara orang dunia dan orang akhirat ini menimbulkan pelbagai permasalahan. Ia umpama peperangan antara good and evil yang menjadi tema kehidupan di dunia ini. Orang akhirat yang mengikut sunnah Nabi SAW mengajak orang dunia kembali ke jalan Allah, mengajak untuk ke syurga namun mereka inilah yang diperangi.

Seperti yang sering saya katakan ciri-ciri orang dunia ini mudah untuk dikenali. Antara ciri-ciri utama mereka adalah seperti berikut ;

·         Solatnya diperlecehkan
·         Suka kepada perbuatan yang makruh dan haram
·         Hatinya penuh dengan sikap negatif seperti wasangka buruk, tak berterima kasih, membenci, berdendam, kuat marah, tak puas hati, tensen, bosan, tak menghargai, mengharap balasan kepada setiap bantuan yang dihulurkan, tidak ikhlas iaitu dengan mengungkit bantuan atau pertolongan yang pernah dihulurkan, materialistik, selalu merasa diri sendiri betul, menipu, mengada-adakan benda yang tak ada, riak dan takbur menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
·         Sekular yakni suka dan begitu percaya kepada prinsip Barat.
·         Kalah pada nafsu, merokok, meminum arak, kuat makan, kuat tidur, kaki seks, kaki porno dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
·         Facade – cantik di luar busuk di dalam tapi cover linelah supaya orang semua tak tahu.
·         Deceiving – mengelirukan.
·         Hipokrit – cakap depan lain, cakap belakang lain.
·         Bila suka terlalu gembira, bila duka terlalu kecewa.
·         Emosional.
·         Retaliation adalah kaedah utama penyelesaian masalah.
·         Dan lain-lain lagi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai ciri-ciri orang dunia ini?

Hatinya penuh dengan sifat mazmumah yakni sifat buruk dan ini kemudiannya kelihatan pada amalannya yang penuh dengan maksiat. Kaki perempuan / lelaki, kaki seks, hiburan, judi, arak dan sebagainya.

Kalaupun amalan itu amalan harian mereka suka melakukan yang makruh dan haram. Contohnya bila makan dia makan berlebihan, bila ada masa diisi dengan hiburan, main game dan sebagainya.

Nilai sekular yang mereka pegang mungkin nampak baik. Contohnya bila nampak orang buta melintas jalan maka kedua-dua orang dunia dan akhirat akan menolong namun orang dunia menolong kerana itu common values atau nilai umum, semua orang tahu orang buta melintas kena tolong, supaya orang lain nampak kita menolong dan pelbagai sebab yang lainnya namun demikian orang akirat menolong kerana itu ajaran Islam dan bantuan itu dihulurkan ikhlas kerana Allah dan bukan kerana nama, pangkat, duit dan segala macam makhluk yang lainnya.

Nilai ikhlas ini mudah sahaja. Bila kita tolong kita lupa. Jadi kalau dalam kepala otak anda masih ada bantuan yang masih anda ingati maka tak ikhlaslah maknanya tu...

Oleh yang demikian dalam kehidupan mereka tak bertemu dengan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan di dunia ini. Hidup mereka penuh dengan pergolakan dan masalah yang berterusan dan menekan kehidupan. Ini kerana ketenangan dan ketenteraman hanya ditemui dalam jalan Islam namun mereka tak bertemu jalan yang saya maksudkan ini.

Oh ya, orang akhirat juga bakal diuji namun demikian bila diuji dengan dugaan yang sama dengan apa yang diuji kepada orang dunia contohnya kematian orang yang tersayang, maka orang akhirat akan redha dan sentiasa tenang kerana kematian itu pasti dan ia datang dari Allah Taala namun orang dunia akan menghadapinya tunggang langgang kerana tidak redha dengan takdir Allah. Dugaan sebegini boleh menyebabkan mereka tertekan, mental stress, darah tinggi, bertambah uban, paranoia dan sebagainya. Keredhaan sebenarnya termasuk dalam rukun Iman yang ke enam iaitu percaya kepada Qada’ dan Kadar takdir susunan Allah Taala. Namun demikian keredhaan tiada dalam hati mereka.

Orang akhirat pula yang sebalik dari semua ini. Ini kerana mereka pentingkan ibadah, mereka tak lakukan maksiat dan amalan yang buruk kerana mereka takut pada Allah Taala.

Jadi orang dunia akan berkata,

“ Ah! Kau peduli apa, kubur lain-lain... ”

“ Tak boleh bang! Sunnah Nabi suruh dakwah, lagipun nanti saya akan ditanya kenapa tak dakwah pada abang dalam kubur nanti. Saya datang nak menyelamatkan nak ajak ke syurga, tapi kalau abang nak ke neraka silakanlah... ”

Mereka berkata lagi...

“ Alah, tu yang bunuh 100 orang boleh masuk syurga.. ”

“ Tapi bang itu masa syariat solat belum diwajibkan ke atas manusia. Saidina Omar AS yang ganas tu pun jadi berakhlak sebab solat. Bukankah sesungguhnya solat itu mengelak dari perbuatan yang keji dan mungkar. Abang tak solat yer... Kajian pun mendapati rumah tangga yang bergolak dan berlakunya kes cerai berai adalah kerana penghuninya tak bersolat... ”

Kau kata padaku...

“ Habis kenapa hari tu kau marah-marah? Orang akhirat mana boleh marah-marah! ”

“ Saya marah kerana memerangi maksiat dan sifat kufur yang ada dalam hati abang tu. Saya tak marah pada abang kerana setiap manusia mulia disisi Allah tetapi sebagai seorang Islam saya cuma memerangi maksiat. Lagipun saya marah dalam rangkuman akal. Saya tak marah membabi buta. Itu mungkin abang tak faham. Apapun. Maafkan saya...”

Kau kata lagi..

“ Tapi Islam tak boleh marah-marah! ”

“ Dalam keadaan darurat bang. Bila keadaan begitu meruncing, darurat dan memudaratkan ia dibenarkan. Samalah orang Islam tak bolah makan babi tapi kalau dalam keadaan darurat hingga tak ada apa lagi yang boleh dimakan ia dibenarkan. Lagipun kalau tak, pasti Nabi Muhammad SAW tak pergi berperang bang! Kaedah kasih sayang dan ancaman dua-dua boleh guna dalam menegakkan syiar Islam bang... Saya sarankan abang pergi belajar ugama lagi dalam bang kalau nak faham...”

“ Tapi aku lebih kaya dari kau..”

“Tak apalah bang.. abang ikut sunnah Nabi Sulaiman AS agaknya.. Tapi ingat nanti harta benda tu akan jadi ular kat akhirat kelak. Nabi SAW pun tak meninggalkan harta dan Baginda dikenali sebagai Nabi yang bersifat hamba.. Seperkara lagi Allah kata orang yang diberikan ilmu sebenarnya mendapat keberuntungan yang banyak sebab nilai ilmu lebih tinggi dari nilai harta di sisi Allah bang...”

Orang dunia ditutupkan hijabnya... Matanya hatinya buta walaupun matanya terbuka. Wallahu’alam...

Sekali lagi orang dunia akan marah dengan artikel saya ini tapi orang akhirat akan menyukainya. Oh ya! Sepanjang kehidupan saya yakin anda telah dijodohkan dengan ramai orang akhirat yang mengajak anda kembali ke jalan Allah tapi anda masih dalam jalan yang gelap dan berliku... Dahlah tu... Jom! Kita balik ke pangkal jalan...

Eh! Marah ker?

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.