1. Banyak-banyak
binatang, binatang apa yang boleh menari, menyanyi dan berenang?
Kuda
2. Binatang apa hidup dalam tiga alam?
Kuda, dalam laut - kuda laut ,di darat - kuda, di udara -
kuda terbang-unicorn.
3. Hari-hari ke rumah cik hitam, melihat orang memotong tebu, apa binatang
darahnya hitam janggutnya lapan tulangnya satu ?
Sotong
4. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang ada bonggol di belakang?
Untalah.. hawhawhaw
5. Banyak-banyak kuda, kuda apa yang tak boleh jumpa ?
Kuda yang hilang
6. Kucing apakah yang ada kaki 9?
Kucing yang jalan kat
kaki 5 tambah kaki kucing 4
7. Apa benda yang kita makan kita sedut?
Siput sedut
8. Ada 3 ekor cicak, dua jahat satu lagi baik. yang jahat ni suka sangat
bergaduh. satu hari yang jahat dua ekor gaduh. gaduh punyer gaduh, diorang pun
jatuh. skali tuh tetiba cicak yang baik tuh jatuh gak. Kenapa?
Sebab dia tepuk tangan!
9. Bersih dia hitam, kotor dia putih?
Papan hitam
10.Kenderaan apa yang pemandu ramai, penumpang satu?
Keranda
11.Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam,
Telur tembelang
12.Sebuah kapalterbang tehempas, keluar asap, keluar api, selain itu keluar
apa?
Keluar berita
13.Kalau kita tikam orang sampai mati, selain keluar darah, keluar apa?
Keluar suratkhabar
14.Gosok-gosok tegak?
Sterika
15.Dilihat keras dipegang cair?
Airbatu
16.Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat?
Duit sepuluh sen, bila masuk dalam air dia tenggelam
17.Banyak-banyak rumah, rumah apa tiang dia kat atas?
Kubur
18.Banyak-banyak kereta, kereta apa yang pemandunya memandu dari belakang?
Kereta sorong
19.Sebelum masuk kering, dah masuk basah?
Uncang teh
20.Dalam satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau & kacang merah,
cam mana nak asingkan kacang itu dengan tutup mata?
Asingkan ajelah sebab
cuma ada 2 biji kacang
21.Rumput apa yang Lembu
dan Kambing tak makan?
Mesin Rumput
Faizal Yusup
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog : www.faizalyusup.net
Revolusi Baru
Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini?
Like, share dan Subscribe. Tolong FY hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay?
Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.