24 Januari 2010

Kena Bogel?

Analisa antara dua orang tua Abu dan Ali.

ABU ORANG DUNIA
ALI ORANG AKHIRAT
Siapa Abu?
Abu seorang tua yang menjalani hidup mudanya dengan cara sekular keduniaan.
Siapa Ali?
Ali seorang tua yang menjalani hidup mudanya dengan cara Islam.

Keadaan dimasa tua...
Allah ambil kesihatan dan digantikan dengan kesakitan yang berpanjangan. Allah ambil keupayaan mata untuk melihat, keupayaan telinga untuk mendengar, keupayaan seksual dan sebagainya.
Ali masih dengan kesihatan yang agak baik dengan mata yang terang dan pendengaran telinga yang jelas mungkin kerana rutinnya hidupnya yang selalu berkebun, menjaga makan minumnya, beribadah dan mengaji Al Quran.
Dipinggir keluarga, anak-anak dan isteri. Semua ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan menjauhkan diri dan tidak menghormatinya. Mereka merasakan yang Abu satu beban atau liabiliti dalam kehidupan mereka.
Ali pula disayangi semua orang anak, menantu dan cucu. Pantang ada sebarang keperluan pasti akan dipenuhi. Dihormati rakan taulan dan masyarakat.
Otaknya sudah mula lembab, ingatannya kurang, nyanyuk, pelupa dan sebagainya.
Akalnya masih baik, masih boleh berfikir secara rasional dan penuh kebijaksanaan untuk dikongsikan.
Menghadapi pelbagai masalah dan tekanan yang melampau. Punya masalah kewangan yang meruncing, kalau ada perniagaan, perniagaan itu tidak berjaya, mempunyai hutang keliling pinggang dan sebagainya.
Ali yang memulakan perniagaan yang sama satu ketika dahulu pula menjadi senang dan hidup tanpa masalah kewangan, tenang dan sejahtera.

Rutin kehidupan dimasa tuanya...
Masih fokus pada dunia suka menghabiskan masa di kompleks-kompleks membeli belah, melakukan perbuatan yang makruh dan haram dan sebagainya.
Fokus pada akhirat dengan menghabiskan masa di masjid, menunaikan haji dan umrah, membuat amalan kebajikan serta ibadah.
Kesimpulannya
Dibogel dan dimalukan.
Lengkap berpakaian siap dengan perhiasan.

Anda punya sampel yang sedemikian berdekatan dengan anda? Saya yakin ada. Apapun cubalah ambil iktibar darinya.

Inilah yang saya namakan dibogelkan oleh Allah Taala di hujung perjalanan hingga hidup merempat tak berumah, hatinya mati, sakit, tak berduit, tiada tempat hendak pergi, tiada tempat nak mengadu dan silap-silap haribulan mati dalam keadaan yang hina dan dina.

Hem, di sini saya mengingatkan diri saya sendiri khususnya dan anda semua di luar sana amnya. Jom kita kembali ke jalan Allah Taala. Jalan yang lurus dan pastinya benar. InsyaAllah dengan demikian itu kita taklah dibogelkan bila kita tua nanti.

Saya cukup yakin kita telah berkali-kali ditemukan dengan orang-orang yang memberi peringatan namun kita tak mempedulikan mereka dan kali ini sekali lagi anda di beri peringatan dan saya sebagai perantaraNya. Ambillah peringatan Allah ini. Buatlah perubahan dan kembalilah ke jalan Allah, jalan yang pasti benar!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.