03 Januari 2010

Puisi Corner

Untukmu sahabatku,

redhalah dengan apa juga yang berlaku dalam hidupmu..
lepaskanlah ia pergi

biarlah ia berlalu dari hidupmu
ia bukan kehendakku
bukan juga ketentuanmu

kembalilah ke hadapan Allah

yang Pengasih Penyayang

aku harap di satu detik

akan terbitlah satu kesedaran di dalam hati nuranimu
yang kau mesti melepaskannya pergi
tunduklah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh...

seluruhnya..
memohon keampunan atas kesalahan...
sehingga berjurai airmata keinsafan


andai kau tiba di sana nanti
akan terlepaslah beban yang kau tanggung selama ini...
andai kau tiba di sana nanti
kebahagiaan yang bakal menanti...


InsyaAllah...

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.