10 Januari 2010
Sekular Dalam Pendidikan
Masalah ini terjadi apabila kerajaan yang ada sekarang meneruskan dasar sekular British, oleh kerana itulah British mudah untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana bakal pemerintahnya adalah anak murid British sendiri. Sehingga kini, sistem sekular yakni sistem yang mengasingkan ajaran agama dari pelbagai sudut kehidupan terus diamalkan seperti dalam pentadbiran (politik), undang-undang jenayah, pendidikan dan lain-lain.
Sistem Pendidikan Islamik
Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan pendidikan Islamik tanpa pengaruh sekular adalah pendidikan tersebut semestinya berteraskan aqidah Islamiyyah yang bermatlamat mengejar redha Allah SWT, mengejar apa yang digariskan Islam dan bukannya apa yang dikejar materialis atau nasionalis.
Subjek Pendidikan Islam perlu diangkat melebihi subjek-subjek lain bagi seorang penuntut Muslim, ertinya subjek Pendidikan Islam @ al-Quran & as-Sunnah perlu menjadi induk yang memayungi dan memantau segala teori dan amali dalam subjek-subjek lain di bawahnya seperti Sains, Pendidikan Jasmani, Biologi, dan lain-lain.
Kesemua subjek tersebut perlu dikaitkan dengan al-Quran dan as-Sunnah dengan bimbingan ulama. Ia tidak boleh dibiarkan bersendirian seperti layang-layang yang tidak punya tali atau anak-anak ayam yang ketiadaan ibu seperti yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang di mana subjek Pendidikan Islam hanya dianggap sama taraf malah lebih rendah dari subjek-subjek lain. Inilah yang dinamakan sekular apabila Islam / ilmu @ panduan Islam dianggap suatu serpihan atau sebahagian dari perbendaharaan keseluruhan ilmu.
Kesan Dipimpin Oleh Mereka Yang Benar-Benar Berilmu
Sejak dahulu lagi, mereka yang berjaya memimpin suatu masyarakat adalah mereka yang alim terutama dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ini dibuktikan oleh Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, dan sebagainya. Selain mahir dengan 'ilmu dunia', mereka juga merupakan Muslim yang taat malah boleh dikategorikan sebagai ulama.
Semua ilmu dunia sebenarnya berpunca daripada dua sumber ini yakni al-Quran & as-Sunnah. Jadi, sesiapa yang benar-benar memahami dan mampu mengamalkan ilmu yang terkandung di dalamnya maka dia / mereka akan berjaya. Jika kita menjumpai mereka ni, angkatlah mereka sebagai pemimpin, kelak kita akan dibawa ke arah kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah.
Mulakan dengan pendidikan dari sumber yang sahih bukan dari worldview / perspektif tokoh-tokoh kafir. Mungkin ada sesetengah pendapat mereka benar, namun ia pasti tidak tepat jika tidak berpandukan pada Islam / tidak berpandukan pada al-Quran & as-Sunnah.
Nukilan,
Seorang Sahabat
Faizal Yusup menambah,
Ingatlah pendidikan akademik atau sekular ini sebenarnya berasaskan teori keraguan yang mencari kebenaran sedangkan asas pendidikan Islam pula adalah kebenaran yang tiada keraguan. Malah seperti yang pernah saya huraikan ramai ahli akademik yang mengkaji akhirnya bertemu dengan kebenaran di dalam Al Quran hingga menyebabkan mereka ini memeluk ugama islam.
Pendidikan sekular ini bagi saya hanya menajamkan mata kasar dan mata akal tetapi ia tidak menajamkan mata hati. Kita belajar perihal pokok dari pelbagai sudut akademik tetapi kita tidak mempelajarinya sebagai makhluk Allah SWT yang berkhidmat contohnya.
Salah satu cara untuk membezakannya antara ilmu dan pengetahuan atau untuk membezakan samaada input itu sekular atau sebaliknya tanyalah diri satu soalan ini.
“Adakah pengisian ini boleh digunakan lagi 100 tahun dari sekarang?”
Ini kerana pengisian ilmu dari Al Quran dan As Sunnah releven sepanjang zaman, ia menjangkaui zaman semenjak 1400 tahun dahulu hingga sekarang juga di masa-masa yang akan datang.
Penerapan nilai sekular ini hanya membawa kepada terbitnya pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing di zaman ini disebabkan oleh masalah kekotoran hati dan ia hanya akan dapat dibendung oleh penerapan nilai Islam yang pastinya akan membaiki akhlak setiap insan bernama manusia.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Ditulis oleh
faizal yusup
pada
6:53 PTG
Labels:
Segmen Hati,
Segmen Motivasi Pelajar,
Segmen Pengisian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.