Kapal Kargo bawak tayar
Email : greng70@yahoo.com
31 Januari 2010
Teka teki Corner
1. Banyak-banyak jam, jam apa paling murah ?
Jamban
2. Mata banyak, mulut satu, mata & mulut kat kaki?
Kasut
3. Banyak-banyak van, van apa yang tak boleh jalan?
Van rosak
4. Kenapa bila kita berak dalam air, tahi tu tenggelam timbul?
Tahi tak tahu berenang
5. Di tempat manakah yang paling sesuai untuk makan malam?
Meja Makan
6. Kat tempat ni semua peserta pakai uniform, sentiasa bertambah tak pernah berkurang. Kat mana tu?
Kubur
7. Bila sejuk dia cair, panas beku?
Telur ayam
8. Banyak-banyak baju, baju apa paling malas?
Baju tidur
9. Kenderaan apa yang paling banyak tayar kat dunia ni?
10. Buang isi, ambil kulit?
Tong sampah
11. Pegang boleh, ambil tak boleh?
Bayang-bayang
12. Payung yang tak boleh digunakan waktu hujan?
Paku payung
13. Bulan yang boleh dicapai?
Bulan kat kubah masjid
14. Banyak-banyak bunga, bunga apa yang disiram mati?
Bunga api
15. Dalam satu tahun ada berapa bulan?
1 aje la, bulan kan 1 aje
16. Banyak-banyak tepung, tepung apa yang tak warna putih?
Tepung gomak
17. Benda apa yang warna dia sama dengan nama dia?
Coklat
18. Negara apa bila dibuang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadi nama orang?
Itali
19. Apa beza seluar panjang dan kacang panjang?
Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, kacang panjang kalau dipotong masih kacang panjang
20. Dalam dunia ni buah apa paling manusia suka tapi tak boleh dimakan?
Buah hati
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.