10 Januari 2010

10 Racun


1. Racun pertama : Menghindar

Gejalanya, lari dari kenyataan, mengabaikan tanggung jawab, padahal dengan melarikan diri dari kenyataan kita hanya akan mendapat mengecap kebahagiaan yang bersifat sementara.

Antibodinya : Hadapi kenyataan

Cara : Berhentilah menipu diri. Janganlah terlalu tertekan dalam menghadapi masalah kerana hospital sakit jiwa sudah dipenuhi pesakit yang selalu mengikuti kesedihannya secara berlarutan dan merasakan sekitarannya merupakan sumber kekecewaannya. Jadi, selesaikan setiap masalah yang dihadapi secara bersungguh-sungguh dan yakinilah bahawa ada hikmah dari setiap kejadian.

2. Racun kedua : Ketakutan

Gejalanya, tidak yakin diri, tegang, cemas yang antara lain disebabkan kesulitan kewangan, konflik dalam perhubungan, masalah seksual, dll.

Antibodinya : Keberanian

Cara : Hindari menjadi insan yang bergantung pada kecemasan. Ketahuilah 99 peratus hal yang kita cemaskan tidak pernah terjadi. Keberanian adalah pertahanan diri paling utuh. Gunakan analisis intelektual dan carilah jalan penyelesaian masalah melalui pemikiran akal yang jitu. Keberanian merupakan proses yang perlu dipelajari bagi mengatasi ketakutan. Jadi, jangan malu mencari bantuan dari pakarnya.

3. Racun ketiga : Manipulatif

Gejalanya : Pentingkan diri, materialistik, agresif, lebih suka meminta daripada memberi.

Antibodinya : Bersikap sosial

Cara : Janganlah mengeksploitasi kawan. Kebahagiaan akan diperolehi apabila kita dapat menolong orang lain. Perlu diketahui, orang yang tidak mengharapkan apapun dari orang lain adalah orang yang tidak pernah merasa dikecewakan dan orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada yang ramai.

4. Racun keempat : Statik

Gejalanya :  Bila kita terhenti di satu fasa, membuat diri kita merasa jenuh, bosan, ingin cepat tua / mati dan tidak bahagia.

Antibodinya : Memperbaharui impian

Cara : Teruslah berkembang, ertinya kita terus mencabar diri dengan mencipta matlamat baru dan mengejar impian tersebut demi masa depan. Kita akan menemukan kebahagiaan di saat kita berjaya mencapai impian tersebut.

5. Racun kelima : Rasa rendah diri

Gejala : Kurang keyakinan diri dan kepercayaan diri serta merasa tidak mampu untuk bersaing.

Antibodinya : Keyakinan diri

Cara : Seseorang tidak akan menang bila dia mengalah sebelum berperang. Bila kita yakin akan kemampuan kita, sebenarnya kita sudah memperoleh separuh dari matlamat yang ingin kita capai. Jadi, kejayaan bermula pada saat kita yakin bahawa kita mampu mencapainya.

6. Racun keenam : Angkuh

Gejala : Terlampau sombong, hipokrit, kebanggaan diri palsu.

Antibodinya : Rendah hati

Cara : Orang yang sombong akan dengan mudah kehilangan kawan, kerana tanpa kehadiran kawan, kita tidak akan bahagia. Hindari sikap merasakan diri serba tahu. Dengan rendah hati, kita akan dengan sendirinya mahu mendengar kata-kata orang lain sehingga peluang 50 peratus kejayaan sudah kita raih.

7. Racun ketujuh : Mengasihani diri

Gejala : Suka meminta simpati, murung, menyalahkan diri, merasakan diri orang yang paling malang di dunia.

Antibodinya : Redha

Cara : Jangan mengeluh dan tertumpu pada diri sendiri. Lupakan masalah diri dan hindari dari bersikap sentimental / sensitif serta taksub untuk bergantung kepada orang lain.

8. Racun kelapan : Sikap malas

Gejala : Buang masa, termenung dan mengelamun, bertangguh dan menghabiskan waktu dengan cara tidak produktif dan sia-sia, merasa kesepian.

Antibodinya : Kerja

Cara : Biasakan diri untuk selalu mengikuti jadual kerja yang sudah kita rencanakan sebelumnya dengan cara aktif bekerja. Hindari kecenderungan untuk melepak dan membiarkan masa berlalu tanpa erti mahupun mengeluh tanpa henti.

9. Racun kesembilan : Tiada toleransi

Gejala : prasangka buruk terhadap ideologi, perkauman, keugamaan, warna kulit dll yang berbeza dengan kepercayaan diri.

Antibodinya : Kawal diri

Cara : Tenangkan emosi kita melalui seni mengawal diri, mengawal perasaan. Amati mereka secara intelektual. Tingkatkan kadar toleransi kita. Ingat bahawa dunia diciptakan dan tercipta dari pelbagai budaya dan agama.

10. Racun kesepuluh : Kebencian

Gejala : Keinginan balas dendam, kejam, bengis.

Antibodinya : Kasih sayang

Cara : Hilangkan rasa benci. Belajar redha, memaafkan dan melupakan. Kebencian merupakan salah satu emosi negatif yang menjadi asas bagi rasa ketidakbahagiaan. Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga membenci dirinya sendiri kerana membenci orang lain. Satu-satunya yang dapat melenyapkan rasa benci adalah rasa kasih sayang. Kasih sayang merupakan kekuatan hakiki yang boleh dimiliki setiap orang.

Ketika kita sedang mengalami rasa tertekan dan tidak bahagia, gunakan kaedah di atas sebagai saranan pertama demi menghindar dari ketidakbahagiaan berterusan pada masa-masa mendatang. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.