05 Januari 2010

Sinopsis Buku Keluar Dari Tempurung



Tajuk : KELUAR DARI TEMPURUNG
   Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
Pengarang : Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre : Motivasi
Harga : RM14.00

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. 

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut  saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dapatkan naskah anda sekarang. Hubungi,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.