26 Januari 2010
Kasihan Orang Akhirat Di Dunia...
Bila difikirkan maka saya kasihan pada orang akhirat. Iaitu mereka yang patuh dan faham akan prinsip Islam ini. Ini kerana mereka merupakan insan-insan yang sukakan kedamaian. Mereka berada dalam keadaan tenang dan bukan dari golongan yang suka beremosi dan penuh dengan kemarahan dan rasa tak puas hati.
· Sedang orang dunia berdendam dan tak dapat memaafkan, orang akhirat tidak akan berdendam dan memaafkan walaupun diri mereka diperlakukan dengan buruk. Ini kerana mereka faham Allah Maha Pengampun dan Nabi SAW juga mengampunkan umat. Mereka tak punya hak untuk tidak memaafkan.
· Sedang orang dunia memasukkan kebencian dalam diri dan rasa tak puas hati lantas mencari peluang untuk bergaduh dan berperang orang akhirat menghindari perbalahan hanya kerana mereka mahu memelihara silaturrahim dan tak mahu memutuskannya.
· Sedang orang dunia sentiasa tak puas hati dengan pelbagai dugaan kehidupan, orang akhirat redha walau apapun juga keadaannya kerana tahu dan yakin yang semuanya datang dari Allah Taala.
· Sedang orang dunia membalas dengan penuh kekejaman orang akhirat hanya boleh balas dalam lingkungan yang dibenarkan dan setimpal dengan apa yang diperlakukan, tidak lebih dari itu dan selebihnya diserahkan pada Allah Taala.
· Sedang orang dunia mengejar harta, nama, pangkat, gelaran dan sebagainya orang akhirat hanya mengejar keredhaan Allah Taala.
· Sedang orang dunia menipu dan mengelirukan, orang akhirat bercakap benar dan berhemah.
· Dan banyak lagi...
Orang dunia sentiasa kelihatan seperti sentiasa serba tak cukup orang akhirat akan sentiasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang akhirat menjalankan usaha dakwah kerana ingin mengajak orang dunia kembali ke jalan Allah Taala, ingin menyelamatkan namun ini tidak difahami orang dunia.
Sebenarnya sukar untuk menjadi orang akhirat yang faham akan hukum hakam dan mengikut sunnah Nabi SAW ini. Ini kerana mereka terpaksa berhati-hati dalam penggunaan emosi kerana tahu emosi hanya boleh digunakan di tempat yang hak dan yang dibenarkan. Dan hakikatnya ini adalah sesuatu yang amat menyakitkan.
Orang akhirat beremosi ;
· Bila Allah dihina
· Bila hukum Islam dipersendakan
· Bila Nabi SAW dipermainkan
· Bila melihat kemaksiatan
· Bila melihat keimanan manusia yang semakin meruncing.
Marah dalam rangkuman yang tertentu dan dibenarkan.
Namun demikian orang dunia marah kerana semua perkara. Marah yang tiada berpenghujung, tiada had. Marah disebabkan makhluk dan kejadian.
Orang dunia pula beremosi dan marah ;
· Sebab makanannya lambat sampai
· Sebab hari hujan
· Sebab kekasih lambat sampai
· Sebab kena marah
· Sebab jalan jem
· Sebab kereta rosak
· Sebab tak jawab panggilan telefon
· Dan berjuta sebab yang lainnya.
Sebenarnya perselisihan dan pertembungan sering berlaku antara orang dunia dan orang akhirat ini. Ini kerana orang dunia tidak dapat memahami orang akhirat sedangkan orang akhirat faham akan tindak tanduk orang orang dunia kerana satu ketika dahulu orang akhirat juga merupakan orang dunia sebelum dia insaf dan terbuka pintu hatinya.
Malangnya di dunia ini terdapat lebih banyak orang dunia dari orang akhirat. Jadi jumlah majoriti ini memperlihatkan seakan mereka berada dalam kebenaran. Hakikatnya mereka hanya melakukan kerosakan dan maksiat. Lihatlah rancangan televisyen yang ada di negara ini contohnya, majoritinya rancangan hiburan dan rancangan bersifat duniawi.
Apapun, ingatlah secara puratanya setiap kita akan singgah di muka bumi ini selama 70 tahun atau 25,000 hari sebelum MATI dan meninggalkan semua yang kita usahakan sepanjang kehidupan kemudian digantikan dengan generasi yang baru yang akan diduga dengan perkara yang sama. Sedarilah orang yang pandai ialah orang yang sepanjang kehidupannya membuat persiapan untuk menuju kematian.
Anda orang akhirat? Saya simpati pada anda.... Sabarlah...
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.