14 Februari 2010

Intipati Blog Faizal Yusup II


4.   Blog Bengkel Baiki Insan

Adakalanya kita berada dalam keadaan yang teruk dan mengalami tekanan yang berterusan baik dari aspek Fizikal, Mental dan Spiritual maka anda telah berada di tempat yang betul.

Analoginya umpama kereta yang kemalangan, rosak dan kemik maka ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Dalam hal ini kadangkala anda meminta pertolongan dari seseorang untuk membantu anda keluar atau memulihkan diri tetapi di sebalik membantu mereka menambah masalah yang anda hadapi hingga menyebabkan anda lebih tertekan. Kereta yang kemik bertambah pula kerosakannya.

Apapun mungkin tak banyak yang dapat dilakukan dalam aspek fizikal, mahupun kewangan tetapi saya yakin blog ini boleh membantu anda dari sudut mental dan spiritual. Kefahaman mengenai kehidupan pasti akan dapat membantu melegakan penderitaan mahupun tekanan yang anda hadapi. Kata-kata yang baik dan berhikmah di sini pasti ada kebaikan yang datang bersamanya.

Selamat Datang ke Bengkel Baiki Insan!

5.   Blog Pembaikan Akhlak dan Sahsiah Diri

Topik dan artikel yang dipaparkan dalam blog ini juga memberikan pengisian pembaikan akhlak dengan pelbagai saranan dan pengisian mengenai sikap dan sifat seseorang manusia itu. Ia juga membuat perbandingan antara penerapan nilai sekular dibandingkan dengan penerapan yang disarankan Islam. Dari situ rahsia pembaikan akhlak dan sahsiah diri ini dapat dibuktikan. Nak tahu? Bacalah.

6.   Blog Dakwah Kontemporari

Seterusnya selalunya anda bertemu dengan blog yang memberi pengisian tazkirah penuh dengan ayat-ayat al Quran, Hadis, Riwayat Nabi dan para sahabat hinggalah kepada para Imam, para guru, para ustaz dan sebagainya tetapi di sini penyampainya lebih santai. Namun demikian ajakkannya tetap sama. Mengajak semua kembali ke jalan Allah. Mengajak semua beriman kepada Allah, meninggalkan laranganNya dan menurut perintahNya. Harapan saya pengisian-pengisian di dalam blog ini akan membantu membuka pintu hati dengan izin Allah Taala.

Anda sidang pembaca yang saya muliakan sedikit sebanyak telah punya pengisian terdahulu dalam diri, saya harap input-input di dalam blog ini akan menjadi penyambung pengisian yang ada itu menjadi satu penerapan yang lengkap dalam diri anda. Penerapan yang lengkap ini pula membuka horizon baru kepada kefahaman dan kesedaran mengenai fungsi kita sebagai manusia di muka bumi ini. InsyaAllah.

Tak faham? Tak mengapalah. Ia mengambil masa. Apa yang tak difahami hari ini mungkin akan difahami besok pagi. Yang penting kita terus berusaha mencari dan menimba ilmu pengetahuan.

7.   Blog Laughter Is The Best Medicine

Menurut kajian, gelak ketawa boleh mengeluarkan hormon-hormon positif dalam sistem badan dan menjadikan diri lebih bertenaga dan gembira. Segmen Lawak dan Teka Teki dalam blog ini merupakan therapi yang baik. InsyaAllah ia akan dapat membantu. Hidup ini pendek, bukankah lebih baik kita hidup dalam keadaan yang gembira saban hari daripada hidup dalam keadaan tertekan? Apapun pilihan di tangan anda.

8.   Blog Tip-Tip Penulisan

Disamping itu juga blog ini menyampaikan tip-tip penulisan bagi mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Sayapun memang seorang penulis mungkin ada satu dua tip yang berguna yang boleh dimanfaatkan buat anda di luar sana.

9.   Blog Berkarya

Selebihnya hanyalah analisis isu semasa dan sebagai tempat untuk saya berkarya meluahkan rasa hati baik dalam bentuk catatan, puisi, cerpen mahupun novel.

Inilah intipati blog Faizal Yusup ini. Apapun saya harap anda tak serik bertamu di sini.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.