13 April 2010

Ingin Menulis Dan Menerbitkan Buku?

 
PENGUMUMAN
 
Salam sejahtera kepada semua pengunjung ilmuwan yang membaca blog faizal yusup ini,

Di sini saya ada satu pengumuman penting.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menulis karya atau sudah menulis karya, punya manuskrip dan tak tahu dimana nak diterbitkan.

PIHAK KAMI MAHUKAN MANUSKRIP ANDA ITU!

Hantarkan pada saya di emel greng70@yahoo.com untuk dinilai dan kalau ia memuaskan maka ia akan diterbitkan.

Bloggers sekelian, ambillah peluang ini untuk menerbitkan hasil karya anda di alam nyata disamping menjana pendapatan.

SOAL JAWAB

Kebaikan Menulis Buku ;

-      Royalti 10 % dari harga buku yang terjual.
-      Nama yang akan dikenali ramai.
-      Punya buku anda sendiri.
-      Amal jariah yang berpanjangan.
-      Kepuasan dalam berkarya.
-      Ilham yang akan didengari umum.
-      Dan pelbagai kebaikan yang lain.

Manuskrip Pilihan ;

-      Novel Umum
-      Novel Remaja
-      Novel Seram
-      Himpunan Cerpen
-      Buku Islamik
-      Buku Adaptasi
-      Buku Kanak-Kanak
-      Lain-lain Karya



Saya Tak Ada Idea Menulis?

Saranan saya sebagai permulaan tulislah buku adaptasi iaitu dengan mengolah semula buku-buku Best Seller dari luar negara. Baca sebanyak mana buku dalam topik yang sama dan tulis satu buku olahan mengenainya atau,

Tulislah kisah pengalaman diri anda dengan penambahan-penambahan yang boleh memberi kekuatan kepada jalan cerita.

Bagaimana Nak Jadi Penulis?

Gunakan Konsep 4P yang selalu saya sebut dalam blog ini,

Pengisian – Setiap kita pasti punya input.
Pengulangan – Ulang-ulang menulis saban hari selama 40 hari maka ia akan jadi tabiat.
Pengukuhan – Cari input penulisan, cari penulis, cari mentor yang boleh memberi tip-tip penulisan.
Penerapan – Lambat laun menulis akan jadi tabiat diri.

Sila ajukan sebarang persoalan terus kepada saya melalui emel, hp, personal massage, facebook dan sebagainya.

Sekian, saya menanti manuskrip anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Tolong saya hebahkan pengumuman ini kepada semua rakan-rakan anda okay!

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.