06 April 2010

Bila Dia Datang Kembali

 

Saya agak sibuk kebelakangan ini mengendalikan beberapa kes kaunseling kekeluargaan. Apapun disebabkan kerana etika kaunseling dalam kerahsiaan maka tak dapatlah saya nak ceritakan mengenainya kepada anda semua sebagai iktibar melainkan saya mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Apapun dalam kes-kes kali ini apa yang boleh saya rangkumkan ada kena mengena dengan tajuk di atas iaitu dia datang kembali. Apa maksud saya?

Senario 1

Semenjak perkembangan sains dan teknologi dengan adanya website seperti Facebook, Myspace, Linked it, Tagged, Friendsters  dan lain-lain telah menyebabkan kawan, saudara, musuh mahupun bekas kekasih yang telah lama terpisah ditemui kembali setelah sekian lama.

Masalahnya -
Kedua-duanya boyfriend mahupun girlfriend telahpun berkahwin dan mempunyai anak.

Maka pelbagai perkaralah yang akan berlaku. Bak kata mat saleh “old flame die hard” yang membawa maksud api cinta lama yang membara sukar nak dipadamkan.

Apapun bagi yang dapat mengawal keadaan maka tak ada apalah yang berlaku. Mereka mungkin akan bermaafan atas kesalahan masa lalu kemudian meneruskan perhubungan sebagai kawan atau terus sahaja membiarkan perhubungan itu begitu sahaja.

Tapi itu bukanlah cerita yang seronok didengar bukan? Tidak sensasi! Yang sensasinya ialah sejarah kembali dan percintaan itu kembali bertaup. Memula telefon, lepas tu I miss you, I love you, lepas tu I sebenarnya menunggu you, lepas tu I sebenarnya tak bahagia dalam perkahwinan dan sebagainya.

Kemudian jom kita jumpa, kemudian kalau I jumpa you peluk / cium sekali boleh? Dan begitulah seterusnya. (Buatlah andaian sendiri...)

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.

Kantoi dengan pasangan.

Macamana?

Sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Rumahtangga yang dibina sejak bertahun lamanya boleh runtuh dalam sekelip mata. Memusnah sebenarnya lebih mudah dari membina. Bila nafsu menguasai diri maka hilanglah pertimbangan.

Senario 2

Ada yang semasa mudanya punya satu tabiat yang tertentu contohnya kaki perempuan, kaki botol, kaki pancing, kaki bapuk, kaki dadah, kaki pukul, kaki onani atau berbagai kaki yang lainnya atau pernah terjebak dengan gay, lesbian, pornografi, cross dresser (lelaki pakai baju perempuan), pengkid, pencuri, penipu dan macam-macam lagi kemudiannya berkahwin dan insaf. Selama lebih sepuluh tahun dalam perkahwinan naluri-naluri ini dapat dibendung tetapi tiba-tiba entah kenapa, entah bagaimana ia datang kembali.

Samalah seperti kes tadi segalanya kembali bermula. Semua yang telah disimpan kemas dalam peti besi dan dibuang jauh terjumpa kembali. Yang kaki botol kembali kepada botolnya, yang kaki perempuan kembali mencari perempuan, yang kaki maknyah kembali mencari maknyah dan sebagainya.

Nafsu yang selama ini dapat dibendung akhirnya kembali menguasai diri. Makanan nafsu itu perlu dicari dan dikenyangkan.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.

Kantoi dengan pasangan.

Macamana?

Sekali lagi sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Rumahtangga yang dibina sejak bertahun lamanya boleh runtuh dalam sekelip mata. Memusnah sebenarnya lebih mudah dari membina. Bila nafsu menguasai diri maka hilanglah pertimbangan.

Saranan saya ;

Sebenarnya semua perkara yang dihuraikan ini berada dalam keadaan gelap dan kabur. Di sinilah tempat tinggal setan sebenarnya. Nama pun kekasih gelap. Bukan sebab kekasih tu hitam orangnya tapi sebab semuanya dijalankan seperti para agen Mossat, CIA dan KGB dalam sembunyi dan memanipulasi keadaan bagi mengelak dari diketahui pasangan mahupun umum. Setiap panggilan telefon, sms dan bukti di delete sebelum balik ke rumah. Sanggup beli handphone satu lagi yang ditinggalkan di pejabat khas untuk kekasih gelap. ( Ops! Sori.. terkena ke? Hawhawhaw).

Lelaki yang menyorokkan pakaian perempuan, arak, dadah, rokok, menyorokkan cereka padat, thumb drive porno di tempat yang tersorok, dalam booth kereta dalam laci pejabat, menyorokkan file dalam komputer dan sebagainya. Cover line lah katakan. Ia bukan hanya terdiri dari pihak lelaki, perempuan juga tak kurangnya.

Pasangan yang tak prihatin takkan dapat menghidu semua ini walaupun adakalanya ia berlaku di hadapan mata! Tetapi kalau anda seorang yang prihatin saya pasti anda akan dapat menghidu semua ini. Kadang-kadang ia tak perlukan siasatanpun kerana silap satu langkah, kantoi. Kalau siasatan nak dijalankan pula perlu dilakukan macam CSI. Kena cek log book dalam phone, hidden file dalam komputer, cek spot di pejabat dan sebagainya.

Sebenarnya mereka yang berada dalam keadaan ini punya masalah. Sedang sakit. Masalah penyakit dalam hati dan untuk mengatasinya bawalah ia ke tempat terang! Beritahulah pasangan anda, berterus teranglah, bertaubatlah, minta maaf, jumpa doktor, jumpa kaunselor, cuba atasinya. Bila ia di tempat terang dan dalam kebenaran maka pasti Allah taala akan membantu. Setan pastinya tension dengan tindakan kita itu kerana tak dapat lagi menguasai diri kita.

Perlahan-lahan atau secara mengejut cubalah berhenti, taubat nasuha tak buat lagi kerana Allah Taala, InsyaAllah ia akan berkekalan. Bagi pasangan pula janganlah menghukum berlebihan dari apa yang sepatutnya. Perhatikan hukum Allah dan akur dengannya, jangan biarkan emosi menguasai diri hingga bertindak keterlaluan. Fahamilah keadaan, janganlah kerana 1 kesalahan 1000 kebaikan diketepikan. Maafkanlah dan berilah peluang untuk pasangan anda itu berubah. Berilah sokongan dan bantulah agar si dia dapat kembali ke jalan yang benar. InsyaAllah. Saya doakan dari sini buat anda.

Mungkin inilah sebabnya Rasullullah SAW malah ugama Islam itu menganjurkan kita bercakap benar. Bila kita bercakap benar kita tak akan berpeluang untuk menyorokkan apa-apapun. Setiap perkara dan aktiviti kita akan sentiasa berada di tempat yang terang.

Apapun kesimpulannya, semua kes-kes ini secara tak langsung memberi iktibar dan pengajaran bagi saya akan bagaimana untuk menjaga hati isteri saya agar perhubungan kami berada dalam keadaan yang baik dan InsyaAllah berkekalan. Saya harap anda juga begitu dapat mengambil iktibar dari peristiwa dan kejadian yang dipaparkan dalam kehidupan anda saban hari. Hakikatnya ini semua dari Allah Taala agar kita mengambil pengajarannya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.