12 April 2010

Kisah Futsal Lagi



Kalau anda ingat saya pernah menulis tentang Futsal (klik di sini) beberapa minggu yang lalu dengan menceritakan tentang Falcoa pemain terbaik Futsal dunia dengan iktibar kalau nak main jangan main-main, dan kalau nak main-main jangan main. Dalam pertandingan itu kami kalah peringkat kumpulan lagi.

Apapun minggu ini sekali lagi saya bermain dalam tournament Futsal. (Harus diingat saya telahpun berumur 40 tahun.) Kali ini ia berbeza kerana kali ini pasukan kami datang untuk memenangi pertandingan dan dalam setiap perlawanan pasukan kami akan menurunkan pemain yang terbaik dikalangan kami dan ia membuahkan hasil yang baik.

Kami berjaya di peringkat kumpulan di tangga kedua tanpa kalah. Kemudian menang di peringkat suku akhir, menang lagi di peringkat separuh akhir dan berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan tersebut, (Harus diingat kebanyakan pemain pasukan saya berumur 40 tahun dan ke atas).

Dulu juga saya pernah menulis mengenai mengenali personaliti seseorang melalui sukan bolasepak. (klik di sini) Untuk pengetahuan anda iktibar yang hendak saya sampaikan kali ini ialah bila kita telah menjaringkan gol maka hendaklah kita mempertahankan gol tersebut.

Ceritanya begini, saya merupakan pemain serangan, pemain yang hanya ingin menyerang. Dalam kehidupan seorang yang berobjektif dan bermatlamat. Dalam perlawanan bolasepak, banyak kali juga saya menjaringkan gol tetapi ia akan dibalas oleh pihak lawan kerana saya tidak berusaha mempertahankannya. Pernah sekali kami telah mendahului 3-0 tetapi akhirnya kalah dengan 3-4 hanya kerana kami tidak mempertahankan gol kami. Menjaringkan gol sahaja tak cukup sekiranya kami tak menitikberatkan pada aspek pertahanan.

Jadi dalam pertandingan kali ini setiap kali menjaringkan gol, pasukan kami akan bertahan. Inilah sebabnya dalam pertandingan kali ini pasukan kami samaada seri atau menang perlawanan demi perlawanan dari peringkat kumpulan hinggalah ke perlawanan akhir.

Iktibar dari cerita ini ialah ;

  • Sekiranya anda sudah berkahwin maka pertahankanlah perkahwinan itu dengan bertoleransi, saling memahami, menghargai, menjalan usaha atas kasih sayang dan sebagainya. Janganlah buat tak tahu jer.

  • Sekiranya anda melabur maka pertahankanlah pelaburan anda dengan sentiasa mengambil tahu akan portfolio pelaburan tersebut. Janganlah lepas tangan begitu sahaja, ini kerana nasib tak baik pelaburan anda itu akan lebur.

  • Sekiranya anda berjaya dari segi kewangan, pertahankanlah kejayaan itu dengan berbelanja berhemah dan sebagainya. Jangan boros dan membazir kerana ia boleh membawa kepada kekecundangan.

  • Sekiranya anda berjaya kurus pertahankanlah kekurusan itu. Cuba maintain dan terapkan dengan budaya diri yang baru dan jangan kembali kepada budaya yang lama.

  • Sekiranya anda berkerjaya pertahankanlah kerjaya itu dengan sebaiknya dan begitu jugalah dalam perihal yang lainnya.

Dalam hal ini ramai yang boleh sampai ke objektif dan matlamat yang disasarkan tetapi tak ramai yang dapat mempertahankannya. Sebenarnya ia mudah untuk menjadi juara tetapi yang  sukar ialah untuk mempertahankan kejuaraan tersebut. Ini kerana ramai yang akan berusaha untuk menjatuhkan anda.

Demikianlah coretan kali ini.

Apapun, dalam perlawanan akhir kami kalah 2-3. Sebabnya? Kami tidak menjaringkan gol dahulu. Pihak lawan menjaringkan gol dahulu, jadi bagaimana nak mempertahankan gol yang tiada? Mungkin kami akan belajar dari kesilapan ini dan akan menyerang habis-habiskan sekiranya dibolosi terlebih dahulu... Tapi itu dalam cerita lain... hawhawhaw...


Oh ya! Seperkara lagi kamilah satu-satunya pasukan 1 Malaysia yang harmoni dan terdiri dari berbilang kaum.

Minggu ini saya akan bermain dalam pertandingan bowling pula. Bowling sedikit berbeza dengan Futsal kerana tak ada gol yang perlu dipertahankan. Apapun ia tetap bergantung kepada kemahiran setiap individu dalam pasukan. Jadi, tunggulah catatan saya nanti mengenainya okay.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.