19 April 2010

Kisah Bowling



Sudah beberapa hari saya tidak menulis dalam blog ini. Seperti yang saya katakan dalam artikel yang lalu saya akan menceritakan tentang pertandingan bowling yang saya sertai. Ia berlangsung hari Sabtu yang lalu.

Kalau kesimpulan pertandingan Futsal yang terdahulu, kalau nak main-main jangan main dan kalau nak main jangan main-main dan dalam artikel yang kedua mengenai futsal ialah berkenaan dengan objektif mempertahankan.

Kali ini dalam pertandingan Bowling ia sedikit berbeza. Kami menghantar 3 pasukan berdasarkan kekuatan selepas pemilihan yang dijalankan dan Alhamdullillah daripada 23 pasukan yang bertanding pasukan saya berjaya menjadi Johan. Kami datang kali ini untuk memenangi kejohanan dan bukan untuk main-main.

Apapun setiap kali menulis pasti ada sesuatu iktibar yang bakal saya sampaikan. Mungkin dalam artikel kali ini ada satu atau dua perkara.

Pertamanya ada banyak cara untuk melakukan persiapan menjelang satu-satu kejohanan tak kiralah bowling atau apa jenis sukan sekalipun. Kia perlu membuat persiapan jasmani, rohani juga mental. Apapun saya tak nak huraikan dengan panjang lebar mengenainya. Mungkin bukan dalam artikel ini. Lagipun ini hanyalah satu kejohanan amatur.

Untuk pengetahuan anda saya sendiri sebenarnya telah bermain bowling untuk satu jangkamasa yang lama iaitu semenjak muda lagi. Ia bermula dari tak tahu kepada tahu dan akhirnya dapat tahu semua elemen yang diperlukan untuk bermain dengan baik. Semua cebisan jigzaw puzzle diambil kira baik dari bola, kasut, pakaian, pemakanan, tempat dan sebagainya.

Jadi selain latihan tempat saya juga mempersediakan diri dengan latihan minda. Bagaimana ye. Mudah saja mainlah video game bowling. Video game yang simulasinya hampir sama dengan permainan yang sebenar. To be in the zone sebelum pertandingan sebenar bagi tujuan persiapan minda dan Alhamdullillah ia membuahkan hasil. Topik in the zone ini juga satu topik yang akan saya tulis nanti. InsyaAllah. Kalau ada keizinan dari Allah Taala.


Yelah Achik Spin meninggalkan dunia ini pada umur 27 tahun kerana kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar, Din Beramboi pula pada umur 43 tahun kerana demam denggi berdarah. Saya telah pun berumur 40 tahun manalah tahu kalau-kalau saya tak sempat menulis artikel-artikel yang telah saya janjikan.

Apapun Al Fatihah untuk mereka berdua dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin.
Ingatlah yang kehidupan di dunia ini hanya sementara, ia pendek, ia sekejap.

Din Beramboi sempat singgah di muka bumi hanya lebih kurang 15,695 hari dan Achik Spin pula hanya lebih kurang 9,855 tak sampai pun 10,000 hari. Kita berapa hari pula yang masih tinggal?

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.