10 Jun 2010

Penyampaian Ilmu Pengetahuan


 
Alhamdullillah, siang tadi saya selamat menyampaikan sesi motivasi Quantum Leap Kecemerlangan di Kementerian Kerjaraya kelolaan Puspanita di sana dengan jayanya.

        Malangnya saya tak dapat nak upload gambar disebabkan kamera yang saya gunakan mengalami masalah teknikal. Tak mengapalah tak ada rezeki agaknya.

        Topik yang ingin saya sampaikan kali ini ialah berkenaan dengan penyampaian ilmu pengetahuan.

        Dari pengalaman yang saya lalui dalam kehidupan ramai ahli motivasi, ahli ilmu, tukang penyampai atau orang persorangan yang begitu kedekut dengan ilmunya. Prinsip penerapan nilai diri bagi kebanyakan kita orang melayu di negara ini ialah ;

Ilmu itu hakmilik mereka, mereka yang mencarinya jadi mereka berhak untuk menyimpan atau menyorokkannya lebih-lebih lagi ia boleh dijual untuk dijadikan duit.

Kadangkala saya lihat ilmu itu ilmu berkenaan dengan cara pengunaan komputer atau ilmu-ilmu yang begitu mudah didapati di internet pun mereka nak sorok. Kemudian pada masa yang sama saya bertemu dengan ramai ahli motovasi yang mana kalau kita pergi ke laman web mereka kita takkan jumpa apa-apa pengisian motivasi penerangan, pencerahan dan sebagainya. Kenapa menamakan diri ahli motivasi kalau tak buat secara keseluruhannya? Oh! Mungkin kalau tulis di blog / laman web rugi, tak dapat duit, tidak dibayar.

Patutlah kalau ke web mereka kita akan hanya nampak kursus-kursus yang ditawarkan sahaja. Ada duit ada motivasi dan kalau tak ada duit tak payah motivasi agaknya.

Oh Ya! Kalau anda seorang ahli/pakar motivasi dan anda datang ke blog ini mencari ilmu pengetahuan untuk anda sampaikan umpama Burung Kakak Tua silakan. Ambillah mana yang anda rasakan bermanfaat. Ia bukan hakmilik saya, ia hakmilik Allah. Saya posmen jer. Yang penting ia membawa manfaat kepada sesiapa sahaja yang anda sampaikan. InsyaAllah tai satu sahaja seruan saya. Sampaikanlah juga ia dilaman web anda. Kiralah ia sebagai amal jariah andai ia tak menguntungkan anda dari segi duit sekalipun.

Tahukah anda apa yang terjadi kepada mereka-mereka yang kedekut ilmu ini?

Mereka yang kedekut ilmu akan menjadikan ilmu itu terhad. Kerana ilmu yang tak disampaikan takkan menerbitkan ilmu baru. Sedarilah sesungguhnya ilmu itu hak milik Allah dan ia bukan hakmilik kita dan diberikan ilmu itu kepada sesapa sahaja yang dikehendakiNya.

Apa pula yang akan terjadi jika masyarakat sesuatu negara itu kedekut ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka?

Ia akan hanya melambatkan proses pembentukan negara yang maju, cemerlang dan gemilang. Masyarakat di negara maju menjadi maju kerana mereka menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat secara terbuka. Cuba anda lihat di google. Anda boleh mencari begitu banyak maklumat dari perkara yang kecil hinggalah kepada cara membuat bom, memproses dadah dan sebagainya. Tapi masyarakat di sini masih lagi kedekut ilmunya.

Ilmu yang terbuka dan dapat digunapakai orang lain kemungkinan akan ditambahbaikkan oleh generasi yang akan datang da menjadikan ialah lebih bermakna dan diketahui oleh masyarakat secara umumnya. Bila masyarakat secara umumnya tahu mengenainya maka mereka seterusnya akan dapat menyampaikan kepada anak-anaknya juga orang sekelilingnya. Maka ia akan terus-teruskan berkembang pada satu tahap yang lebih tinggi.

Malangnya ilmu yang disorok dan hanya disampaikan bila ada ganjaran datang bersamanya adalah satu prinsip yang salah.

Mungkin ada yang mengatakan saya ni bodoh kerana menyampaikan sesuatu yang sepatutnya disorok namun ketahuilah penyampaian ilmu yang banyak akan mendatangkan ilmu yang lagi banyak. Lagi banyak yang saya sampaikan maka lagi banyaklah yang saya terima dengan izin Allah Taala. Ilmu itu akan terus-terusan berkembang ke tahap yang lebih tinggi, lebih besar dan lebih bermakna.

Lagipun pada saya ilmu ini amanah dan kalau ia disimpan dan tak disampaikan maka saya takut saya akan ditanya di akhirat kelak atas kurniaan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu ketahuilah bahawa prinsip kedekutkan ilmu ini adalah satu prinsip yang salah dan prinsip menyampaikan ilmu yang ada dalam diri adalah prinsip yang mesti diterapkan dalam diri. Sesungguhnya menyampaikan ilmu yang bermanfaat adalah salah satu keutamaan dalam Islam. Ia akan dikira di akhirat kelak.

Pun begitu ada pengecualiannya. Janganlah sampaikan ilmu rahsia ketenteraan atau yang melibatkan keselamatan negara mahupun boleh memudaratkan kita sendiri.
  
Seruan saya pada semua, sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat dan jangan jadi orang yang merasakan ilmu itu hakmilik diri yang membolehkan kita kedekut menyimpannya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.