29 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA




Padaku dialah bapa yang terbaik di dunia
Sejak kecil menyayangi diriku dengan sepenuh hatinya
Membelai dan memelukku manja setiap kali aku berduka
Dakapannya melenyapkan rasa resah dan gundah gulana...

Dia mengajar aku perihal solat dan puasa
juga menjaga hubunganku dengan yang Maha Esa
Aku pula akan duduk dipangkunya tatkala memohon doa
Andai aku jatuh dan terluka
Dialah yang akan membalut sengsara
lantas menghadiahkan aku dengan gula-gula...

Dia mendidik aku dari kecil hingga dewasa
Dia mengenalkan aku perihal burung, serangga dan ungka
Dia memberitahu mengenai Timur, Barat, Selatan dan Utara
Dia membawa kami menziarah rumah rakan taulan dan saudara...

Dia mendidikku agar bersimpati dengan mereka yang derita
Kerana ini semua dugaan di dunia
Segala amalan ada nilai dan ada harganya
Buat bekalan di hari muka...

Di kala cuti, dibawanya kami sekeluarga ke sini dan ke sana
Didedahkan kami kepada adat, resam dan budaya
Agar kami bersyukur dengan apa yang ada
Dan jangan jadi orang yang meminta...

Kini aku sudah dewasa
Bapaku telah pergi buat selamanya
Hanya rasa rindu yang masih membara
Buat bapaku yang sudah tiada
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....

Buat arwah bapaku Mohamed Yusup bin Haji Jamal

Ketahuilah
Aku sayang padamu
Semoga kita dapat bersemuka
Kembali di syurga
Andai kita dapat ke sana
Dalam suasana yang bahagia
Buat selama-lamanya...

Nukilan,

Anakmu

Ahmad Faizal Mohamed Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.