24 Jun 2010

Iktibar Dari Berjalan II



Kadangkala dalam satu-satu program motivasi itu kita diminta berjalan katalah dari satu titik A ke satu titik lagi katalah titik B. Kemudian dalam berjalan menuju ke titik B itu peserta diminta berjalan dengan pelbagai variasi. Maka kita akan dapat melihat pelbagai cara berjalan. Ada yang sengat, ada yang melompat-lompat, jalan macam itik, jalan macam hantu cina, jalan sambil menari, jalan zig zag dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa manusia punya pelbagai kreativiti dan boleh berjalan dengan beribu-ribu kaedah dan cara ada yang nampak agak serupa terapi ia tak sama. Ini kerana hanya dengan satu gerak kecil sudah cukup untuk membezakannya.

Persoalannya ialah kalau kita punya pilihan yang beribu dalam kaedah berjalan ini kenapa semua manusia berjalan ke depan melangkah teratur dan melenggangkan tangannya? Belum pernah kita nampak manusia yang berjalan secara mengundur saban hari. Kalau kita jumpa orang yang berbuat demikian pasti kita mengatakan yang dia cacat atau mungkin gila.

Jadi apakah iktibar dari satu perbuatan yang mudah ini? Berjalan?

Pada saya ia mudah. Berjalan dengan lurus adalah konsep keislaman dan berjalan dengan bengkang bengkok dan yang selain dari itu adalah konsep sekular.

Dalam Islam kita hanya percaya dengan penuh yakin kepada Allah Taala dan ini termaktub dalam aspek ketahidan. Inilah jalan yang lurus itu. Dalam konsep sekular yang lainnya mereka percaya kepada elemen yang pelbagai. Percaya kepada batu dan kayu, percaya kepada manusia, percaya kepada gelang, ubat, aroma, warna, horoskop, tarikh lahir dan sebagainya yang boleh menentukan itu ini dan sebagainya. Percaya kepada ramalan nasib, hidup dengan kebergantungan kepada rokok, dadah, arak dan pasangan. Percaya kepada itu dan ini begitu dan begini. Itu satu.

Seterusnya nilai sekular terdiri dari nilai yang pelbagai sedangkan nilai islam punya nilai yang satu dan tetap. Contohnya dalam berpakaian Islam menyarankan kita menutup aurat sedangkan nilai sekular ia bersifat bebas. Dalam Islam ada hukum halal dan haram dalam setiap perbuatan, percakapan, sifat dan sikap tetapi dalam sistem sekular ia bersifat bebas.

Nilai pemaaf dalam Islam ialah untuk kita memaafkan semua orang walau apa juga kesalahan yang mereka lakukan. Ini kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha pengampun dan Nabi ampun umat. Kenapa kita buat hukum itu ini dan tak mahu memaafkan. Siapa kita?

Dalam hal ini nilai sekular pula terdiri dari nilai yang pelbagai. Ada yang hanya memaafkan bila orang itu telah meminta maaf, ada yang memaafkan setelah membalas dendam, ada yang tak mahu memaafkan seumur hidup, ada yang hanya memaafkan kepada perkara-perkara yang tertentu dan sebagainya. Sekali lagi ia terdiri dari nilai yang pelbagai.

Sistem sekular ini sebenarnya penuh dengan keraguan dalam usahanya mencari kebenaran tetapi sistem Islam adalah kebenaran yang tiada keraguan.

Mungkin dari segi zahirnya kita berjalan lurus tetapi jiwa kita berjalan bengkang bengkok sentiasa memilih untuk melencong dari sistem yang disarankan Islam. Nampak luaran seperti ustaz tetapi ditangkap berkhalwat dan sebagainya.

Kesimpulannya berjalanlah dalam jalan yang lurus. Kenapa perlu berjalan dalam keadaan yang bengkang bengkok? 

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.