Assalamualaikum. Kita bertemu lagi.
Kali ini FY akan terangkan sedikit
sebanyak tentang modal minima pelaburan saham serta dimana anda boleh
melaburkannya. Apapun ini hanyalah pendapat FY semata-mata berdasarkan 17 tahun
pengalaman FY dalam pasaran saham, berdasarkan apa yang FY lihat selama hari
ini.
Antara pilihan yang pelaburan saham yang
ada bagi pelabur di Bursa Malaysia ialah;
IPO
IPO di MITI
PRIVATE PLACEMENTS
READY MARKET ATAU PASARAN TERSEDIA
Modal antara RM0.00 hingga RM1000.00
Pada FY bagi mereka yang mempunyai modal
atau tabung sebanyak ini maka adalah lebih baik anda mencuba pembelian IPO Awam
melalui online, ATM atau penghantaran borang. Ini kerana ia terlalu kecil dan
tidak memadai untuk kita buat pelaburan di pasaran terbuka dan ia juga pasti
menyusahkan untuk menyiapkan dokumen bagi memohon IPO di MITI.
Dalam pasaran terbuka brokerage minima
yang dikenakan ialah RM40.00 beli dan jual jadi pelaburan saham berharga RM1.00
terpaksa ditunggu sehingga paling minima RM1.08 hanya untuk kita breakeven. Pastinya anda terpaksa
menunggu dalam masa yang panjang nanti untuk kembali mendapatkan modal apatah
lagi keuntungan.
Modal antara RM1000.00 hingga RM5000.00
Di sini pilihan menjadi lebih besar.
Anda boleh memohon IPO dan anda juga boleh membeli saham di pasaran terbuka.
Namun demikian dalam pasaran terbuka pilihan menjadi terhad. Ini kerana
pastinya anda tidak disarankan untuk membeli 5 jenis saham pada harga RM1.00.
Ia bakal memberi efek yang sama seperti pihahan yang awal tadi. Di sini anda
cuma boleh membeli satu jenis saham sahaja bagi mendapatkan leverage yang baik.
RM5000.00 diperuntukan untuk satu jenis saham sahaja. Masalahnya bila kita
punya modal yang kecil begini kebarangkalian untuk menjana keuntungan menjadi
begitu kecil. Ini kerana kita hanya boleh memilih SATU saham sahaja daripada
1400 jenis saham yang ada.
Modal antara RM5,000.00 hingga RM50,000.00
Bagi mereka yang punya modal sebanyak
ini maka ia menjadi lebih mudah. Ini kerana pilihan yang ada menjadi lebih
terbuka. Namun demikian pembahagiannya pula menjadi terhad. Samaada anda ingin
meletakkannya dalam pasaran terbuka, atau hanya IPO atau kedua-duanya sekali. Anda
boleh memohon IPO, IPO di MITI atau melabur sahaja di pasaran terbuka. Dengan
RM50.000.00 pilihan membeli saham dalam pasaran terbuka adalah lebih baik. Ini
kerana anda boleh membeli lebih banyak saham dan membahagikan risiko atau dalam
Bahasa Inggeris spread the risk. Anda
juga boleh membeli satu jenis saham dan membahagikannya mengikut nilai
pembelian yang sama dengan menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging. Kaedah yang lazim digunakan oleh Syarikat
Saham Amanah.
Modal antara RM50,000.00 hingga RM250,000.00
Sama seperti di atas namun dengan modal
pelaburan sebanyak ini anda boleh membahagikannya untuk tujuan pelaburan dalam
IPO serta dalam pasaran terbuka. Dengan modal sebanyak ini ada juga boleh
membuka Akaun Trading Margin dengan syarikat broker bagi meningkatkan leverage pelaburan anda. Namun demikian
dari apa yang FY tahu tiada Share Financing
mahupun Margin Account yang berstatus Syariah.
Modal RM250,000.00 dan ke atas
Dengan modal sebanyak ini pula anda
sudah mula boleh melabur sebagai High Networth Clients dalam pelaburan yang
dinamakan Private Placements. Modal minima yang diperlukan ialah RM250,000.00 untuk
satu blok saham. Bila banyak saham yang dapat kita beli dan bila saham itu naik
maka kita bakal mendapat keuntungan yang berganda. Tetapi kalau semunya sudah
diletakkan di sini maka tiadalah pilihan pelaburan yang lain.
Dibawah ini FY paparkan impak pembelian
saham melalui kaedah Private Placements ini.
Sebenarnya Private Placements adalah
salah satu kaedah pelaburan yang terbaik untuk mendapat pulangan pelaburan atau
Return on Investment (ROI) terhadap pelaburan yang anda buat. Dalam contoh di
atas anda boleh lihat yang pulangan bagi pelaburan ini melebihi 70% dalam
jangkamasa sebulan.
Namun demikian kalau di Amerika Syarikat
peruntukan saham ini dijalankan dalam bentuk bid and offer berdasarkan penawaran dan permintaan tetapi di negara
ini ia tidak dijalankan sedemikian. Ini menyebabkan adakalanya saham Private
Placement ini menjadi terlalu mahal kerana ia dijual oleh agen-agen saham yang
mengenakan yuran-yuran tertentu.
Apapun bagi High Networth Clients FY
sarankan untuk anda memasuki pasaran ini. Hubungi FY sekiranya anda berada
dalam kelompok ini. InsyaAllah FY boleh membantu anda sekiranya ada Private
Placements yang sesuai.
Sekian dulu buat kali ini.
Ikhlas,
FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission
PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my
PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.
PERKHIDMATAN KAMI
Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.
Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.
Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.
Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!
Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara
Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
Group FY di FB dan WhatsApp
Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.
Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.
Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.
Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com
Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com
Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com
Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
LINK PERKHIDMATAN KAMI ;
Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.