14 Februari 2014

KATEGORI PELABUR-PELABUR DI BURSA MALAYSIA



Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini FY akan tulis mengenai Market Participants atau golongan-golongan pelabur yang menyertai pasaran saham. Semoga ia membawa sedikit sebanyak kefahaman dan manfaat kepada anda pembaca budiman.



Kalau kita lihat statistik di atas kita akan dapati dewasa ini kurang lebih 50% daripada pasaran adalah terdiri daripada Institusi Tempatan, lagi 30% merupakan penyertaan Institusi Asing dan selebihnya iaitu lagi 20% terdiri dari penyertaan pelabur runcit.

PELABUR INSTITUSI TEMPATAN 50%

Pelabur Institusi tempatan terdiri dari EPF, Khazanah, LTAT, PNB, Koperasi-Koperasi, Syarikat Insuran, Syarikat Saham Amanah, Fund Management Company dan banyak lagi.

Selalunya pelabur Institusi Tempatan akan mencari saham-saham yang baik, berpotensi tinggi dan kukuh kedudukan kewangannya. Earning Per Share (EPS) yang tinggi, Price over Earnings (PE) dan Gearing yang rendah, Growth yang baik serta Yield dividen yang tinggi. Kaedah analisa ini dipendekkan dan dinamakan PEGGY Method.

Institusi selalunya membeli saham pada ketika saham itu berada pada tahap Support iaitu pada masa harganya rendah bilamana penawarannya lebih banyak dari permintaannya. Lebih ramai yang ingin menjual dari membeli lantas menyebabkan harganya turun. Kebanyakan mereka menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging dalam pembelian saham-saham ke dalam portfolio pelaburan mereka kerana cara ini lebih selamat dan menguntungkan.

PELABUR INSTITUSI ASING 30%

Pemilihan saham-saham pelabur Institusi Asing lebih kurang sama dengan Institusi Tempatan. Selalunya mereka memilih saham-saham yang baik, berpotensi dan punya kedudukan kewangan yang kukuh. Oleh sebab mereka punya modal pelaburan yang sangat besar. Selalunya mereka memilih saham-saham berjajaran tinggi, saham-saham Blue Chips juga saham-saham 2nd Liner yang baik. Untuk pengetahuan anda mereka menganggap Bursa Malaysia sebagai Bursa yang Defensive. Ini kerana negara ini mempunyai banyak sumber-sumber bahan mentah juga kekuatan sektor industri dan pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara sekaligus membawa kepada pertumbuhan dan keuntungan syarikat. Keuntungan inilah yang bakal menaikkan harga saham-saham serta digunakan untuk membayar dividen kepada pelaburnya. Tidak seperti Hong Kong, Singapura dan Taiwan yang mana negaranya tidak punya bahan mentah seperti yang ada di negara ini. Seterusnya mereka juga mengganggap Bursa Malaysia lebih selamat kerana senario politiknya yang jauh lebih stabil dari negara-negara di rantau ini.

Seperkara lagi, kelebihan pelabur asing ini ialah mereka boleh boleh mendapat pulangan berganda berdasarkan kadar pertukaran matawang asing. Kemasukan pelaburan mereka ke dalam negara ini juga pastinya akan meningkatkan nilai RM. Apapun FY tak mahu menceritakan dengan panjang lebar mengenainya di sini.

Kemudian mereka juga boleh menggunakan kaedah Carry Trade dalam strategi pelaburan mereka tidak seperti Institusi Tempatan. Bagaimanakah Carry Trade ini dijalankan? Tahukah misalannya kita menyimpan di Bank di Jepun kita tak akan dapat apa-apa interest darinya. BLRnya juga berada pada kadar yang sangat rendah antara 0% hingga 0.5% sahaja. Oleh itu meminjam dari bank Jepun dengan kadar yang begitu rendah dan melaburkan dalam saham-saham di negara ini dengan kadar dividen 4% setahun sudah memadai untuk Institusi Asing ini menjana keuntungan darinya. (Dengan andaian nilai kadar pertukaran matawang tidak berubah.)

Oleh itu dalam keadaan boleh dikatakan seluruh dunia sedang mengecop duit dengan banyaknya baik sebagai stimulus bagi membantu kemeruduman ekonomi mahupun mengecop duit kerana kenaikan GDP, ini membawa kepada kecairan dalam pasaran, keadaan ini pula bakal membawa kepada kenaikan harga-harga saham di Bursa-Bursa utama termasuklah Bursa Malaysia. FY yakin keadaan ini akan berterusan dalam jangkamasa setahun dua ini. Oh! Ya... Lupa nak sebut, kecairan ini juga membawa kepada kenaikan harga barang.

PELABUR RUNCIT 20%

Seterusnya Pelabur Runcit. Peratusannya jah lebih kecil iaitu hanya sekitar 20% daripada keseluruhan modal pasaran. Pelabur Runcit ini terdiri dari pelbagai kategori. Di sini FY bahagikan kepada beberapa kategori.

Proprietary Day Trader (PDT)
Golongan ini berlesen seperti remisier dan dealer juga tetapi mereka tidak dibenarkan untuk mengambil pelanggan. Mereka beroperasi samaada berseorangan atau berkumpulan. Mereka mesti membeli dan menjual saham pada hari yang sama. Katahulai yang mereka ini merupakan golongan expert dalam pasaran saham. Brokerage mereka juga rendah. Golongan ini sebenarnya dibentuk untuk merancakkan pasaran saham bagi meningkatkan volume pasaran.

Sasaran saham pilihan mereka ialah “Penny Stocks” iaitu saham berjajaran kecil atau FY panggil saham Cap Ayam. Oleh itu adakalanya kita boleh nampak saham-saham yang naik di sebelah pagi dan turun kembali di sebelah petangnya. Pergerakan harga setengah sen sudah memadai untuk mereka ini menjana keuntungan kerana mereka membeli dengan volume yang banyak.    

Day Traders
Day traders pula adalah golongan trader saham yang tidak berlesen menggunakan kaedah scalping dengan jangkamasa maxima transaksi masuk dan keluar hanya selama satu hari. Pilihan saham mereka juga adalah saham-saham berjajaran kecil.

Contra Players
Contra Players pula punya jangkamasa selama 3 hari atau 4 hari, namun ada juga broker yang membelikan fasiliti kontra sehingga 10 hari. Mereka akan mengambil untung atas angin atau membayar kerugian dalam jangkamasa ini. Selalunya Day Traders dan Contra Players ini menggunakan kaedah Breakout dan lebih kepada menggunakan Analisa Teknikal dalam keputusan pelaburan mereka. Risiko kerugian menggunakan kaedah ini tinggi sebenarnya. FY sama sekali tidak menyarankannya. Kenapa? FY akan terangkan di bawah ini.

Retail Investors
Retail Investor adalah Individu yang membeli saham berdasarkan Analisa Fundamental. Seperti Institusi sasaran saham mereka dari saham berjajaran kecil yang baik hinggalah kepada Blue Chips. Mereka memastikan saham yang dibeli itu undervalue  dan punya fair value yang jauh lebih tinggi dari harga didagangkan pada masa itu. Mereka menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lama. Sebenarnya cara ini walaupun ia konservatif tetapi ia lebih selamat dan menguntungkan.

Operator
Inilah golongan yang paling jahat dalam pasaran saham. Mereka punya modal, mereka punya network dan ilmu pasaran saham yang tinggi. Tujuannya hanya satu, untuk memanipulasi saham dan menjana keuntungan darinya baik dari kenaikan harga hinggalah melalui kaedah Corporate Exercise. Selalunya mereka bekerjasama dengan pengarah syarikat dan pasukan mereka terdiri daripada dealer dan remisier dari pelbagai broker, acturial scientist atau pakar matematik, chartist, press dan adakalanya menggunakan nama ahli politik atau anak isteri ahli politik dan lain-lain lagi. Asalkan ia boleh membawa kepada kenaikan harga kepada saham-saham yang mereka pegang.

Mereka ini boleh memanipulasi harga, mengeluarkan berita-berita palsu pasaran dan sebagainya bagi menipu para pelabur yang daif. Saham sasaran mereka juga selalunya saham cap ayam yang punya modal pasaran yang rendah hingga ke saham 2nd liner yang telah mereka corner dan kuasai. Golongan yang selalu terkena ialah golongan yang tak punya ilmu pasaran, newbie atau beginner, day trader dan contra players. Inilah sebabnya mempunyai ilmu pasaran saham adalah satu kewajiban bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Pelabur Newbie
FY nak tambah lagi satu kategori. Bak kata orang putih, There’s a fool born everyday in the stockmarket. Maknanya ramai orang yang tidak punya ilmu pasaran yang muncul dalam pasaran saham setiap hari. Mereka tak tahu apa yang mereka lakukan, mereka tak tahu saham apa yang patut mereka beli, bilamasa yang paling sesuai untuk membeli, mereka tak kira syarikat itu untung atau rugi, mereka tak tahu Fair Value saham yang mereka beli itu, mereka tak tahu samaada mereka investor atau trader dan sebagainya. Pada FY ini bukan melabur tetapi berjudi. Semua ini akhirnya membawa kepada satu objektif – KERUGIAN!

Dewasa ini nampaknya golongan ini bertambah ramai dengan adanya seminar-seminar saham Cap Ayam di luar sana. Ini jelas kelihatan dalam perubahan market behavior kebelakangan ini. Seminar Cap Ayam akan mengeluarkan pelabur Cap Ayam juga.

Apapun FY ada menjalankan seminar saham bagi menerangkan semua ini dengan lebih lanjut lagi. Seminar Saham Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari Sabtu 1 Mac 2014 bertempat di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut. Yang ni bukan seminar Cap Ayam tapi seminar Blue Chips yang murah. Hehe...

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.