21 Februari 2014

PENDUAN MENCARI MENTOR SAHAM

Assalamualaikum... Kita bertemu lagi.

Dewasa ini terdapat banyak kursus, bengkel, woksyop, personal coaching dan seminar mengenai pelaburan saham di negara ini. Sebenarnya perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah industri pelaburan saham sebelum ini. Biarpun ia satu perkembangan yang baik yang mana ia meningkatkan pembabitan pelabur runcit dalam pasaran namun berhati-hatilah kerana sesuatu yang baru punya banyak kelemahan. Ini kerana dewasa ini banyak juga sifu-sifu saham ini yang tidak berlesen, tidak berkelayakan dan masih kurang pengalaman dalam pasaran saham ini. Jadi apa yang FY takuti ialah ajaran-ajaran sesat yang boleh merugikan anda. Tujuan kita melabur saham ialah untuk mengembangkan ekonomi dan bukan sebaliknya yang membawa kepada kerugian dan kemuncupan ekonomi.

Pada FY carilah Sifu dengan syarat-syarat berikut ;

Dari segi pengalaman sebaiknya sifu-sifu ini punya pengalaman paling kurang 10 tahun dalam pasaran. Sebabnya ialah paling kurangpun dia pernah melalui satu kemeruduman ekonomi dan dia survive. Pengalaman ini membantu mereka untuk memberikan perhatian akan tanda-tanda kejatuhan pasaran.

Dari segi kelayakan, carilah sifu yang punya Diploma atau Ijazah dalam bidang Analisa Pelaburan, Ekonomi, Kewangan, Accountancy atau lebih baik lagi mereka punya kelayakan seperti MSTA, CFP, CFA atau apa-apa yang berkaitan dengan pelaburan saham ini. Harus diingat pengetahuan teori sahaja tidak memadai tanpa pengalaman praktikal. Ilmu tanpa amal tak akan membawa kita kemana-mana sebenarnya.

Dari segi lesen, carilah sifu yang punya lesen Dealer’s Representative, Futures, Investment Advisor, Fund Management atau yang berkaitan dengannya. Anda boleh melayari laman web Securities Commission untuk memeriksa status lesen mereka.  

FY berpesan sekali lagi kerana memasuki industri pelaburan saham ini bukanlah mudah. Ia memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang kitu sebelum kita boleh menjana keuntungan darinya. Ingatlah lebih 80% pelabur mengalami kerugian bilamana mereka memasuki industri ini. Kerugian demi kerugian ini lambat laun akan meletihkan, mengganggu emosi dan akhirnya anda akan putus asa dan meninggalkan pasaran. Inilah yang biasa FY tengok selama ini.

Sekian dulu. Selamat menjadi pelabur yang bijak dan berhemah!

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
  • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Mac 2014
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Membuka akaun Online
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.