Perbezaan IPO MITI dan IPO Awam
Assalamualaikum,
Nampaknya masih ramai yang keliru antara IPO Awam dan IPO
MITI.
Untuk pengetahuan anda Peruntukkan khas saham Bumiputera di
MITI akan keluar dahulu sebelum IPO Awam. Prospektus hanya akan keluar bilamana
Peruntukkan saham IPO Awam dikeluarkan. Selalunya peruntukan saham di MITI jauh
lebih banyak dari IPO Awam.
Untuk melanggan IPO MITI –
Kita kena membuat permohonan, mengisi borang online serta
melampirkan dokumen sokongan untuk dihantar ke MITI.
Untuk melanggan IPO Awam –
Ia boleh dilakukan 3 cara ;
- Melalui online bank
- Melalui ATM
- Melalui Broker dengan mendapatkan borang permohonan untuk diisi.
Kepada yang berjaya mendapat tawaran IPO di MITI mereka masih boleh memohon untuk IPO Awam. Sahamnya sama cuma peruntukannya sahaja di tempat yang berlainan. Begitu juga bagi mereka yang mendapat pink form, mereka juga boleh memohon di IPO di MITI mahupun di IPO Awam.
Dalam apa keadaan sekalipun kita kena buka akaun CDS sebelum kita boleh melanggannya. Hubungi FY sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini.
Dalam apa keadaan sekalipun kita kena buka akaun CDS sebelum kita boleh melanggannya. Hubungi FY sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini.
FY harap artikel ini dapat menghilangkan kekeliruan anda.
Kalau masih keliru jemput datang ke seminar Super Investor dimana FY akan
menjadi penceramahnya. Di sana FY akan terangkan dengan lebih lanjut dan
terperinci.
Layari www.seminarsaham.com.my
Sekian dulu.
Terima kasih.
FY
012 654 0130





Tiada ulasan:
Catat Ulasan