Soalan,
Kenapa FY tak bagi tip saham malam-malam atau pada hujung minggu atau pagi-pagi sebelum market buka?
Jawapan FY,
Kalau bagi tip saham sebelum market buka, tiba-tiba bila market buka saham tu tak ada volume macamana?
Oleh sebab itulah FY bagi tip saham setelah market dibuka iaitu setelah meneliti pergerakan harga dan volume saham.
Soalan,
Bila masa yang sesuai untuk membeli saham tersebut?
Jawapan FY,
Sejurus selepas anda dapat melihat tip saham tersebut dipaparkan. Ini kerana FY telah menyelidik stok signal timing yang terbaik untuk saham tersebut.
Elakkan membeli pada keesokan hari selepas tip tersebut FY beri. Ini kerana tip saham tersebut diberi semasa formation of candle. Pelabur lain diluar sana akan membeli berdasarkan carta harian jadi ia pasti memberi kelebihan kepada anda yang berada dalam group FY ini.
Anda digalakkan membuka akaun dengan FY di Kenanga dan trade dengan FY. Ini kerana hanya pelabur yang trade dengan FY sahaja yang dijamin duduk dalam grp sampai bila-bila.
Soalan,
Adakah tip saham yang diberi itu IMANTAP?
Jawapan FY,
Tidak. Tip saham tersebut mengikut signal timing dan selalunya berdasarkan signal software Aq Var. Jadi anda perlu membuat analisis sendiri mengenai kedudukan FA dll analisis mengenai syt tersebut.
Soalan,
Kenapa kebelakangan ni FY jarang bagi tip saham?
Jawapan FY,
Bila market lemau maka tip saham pun semakin sukar dicari. Kalau FY bagi tip tapi harga saham jatuh tak guna jugak kan? Jadi kalau tak ada tip tu sebenarnya menunjukkan yang pasaran kurang menarik.
Okay! Selamat melabur dan jadilah pelabur yang hebat!
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.